Lelaki Ukraine berumur 18-60 tahun dilarang meninggalkan sempadan negara, dipaksa angkat senjata


Lelaki Ukraine berumur dalam lingkungan 18-60 tahun dilarang meninggalkan negara tersebut tatkala hampir 100,000 penduduk telah meninggalkan Ukraine untuk mendapatkan perlindungan di negara-negara jiran.

Larangan ini berkuatkuasa sejak semalam selepas Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengisytiharkan undang-undang tentera (martial law).

Dalam pada itu Volodymyr Zelenskyy mendedahkan 137 tentera dan rakyat Ukraine sudah terkorban sejak peperangan Rusia-Ukraine meletus 3 hari yang lalu.

Zelenskyy juga berkata kerajaannya sedia memberikan senjata kepada rakyat Ukraine yang sanggup bersama-sama berjuang mempertahankan negara itu.

Semoga krisis Rusia-Ukraine dapat diselesaikan segera demi keamanan sejagat.

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors