Diplomat Malaysia selamat keluar dari Ukraine

Kesemua 9 rakyat dan diplomat Malaysia di Ukraine telah selamat keluar dari negara berkenaan dan kini sedang mendapat perlindungan di Poland sebelum dijadualkan pulang ke tanah air esok.

Melalui status yang dimuatnaik oleh Menteri Luar Negeri, Dato Sri' Saifuddin Abdullah pada pagi ini, konvoi yang memindahkan 9 rakyat Malaysia dan 2 tanggungan mereka serta seorang warga Singapura dari Kyiv yang diketuai oleh Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Ukraine, Cik Fadhilah Daud telah selamat tiba di Korczowa-Krakovets, sempadan Ukraine dengan Poland.

Perang Rusia-Ukraine telah memasuki hari ke-4 hari ini. 4 jam yang lalu, Presiden Perancis Emmanuel Macron telah mengumumkan bantuan ketenteraan kepada Ukraine dan akan mengenakan lebih banyak sekatan ekonomi terhadap Rusia.

Kesatuan Eropah (EU) turut akan memberikan bantuan kententeraan kepada Ukraine.

Dalam pada itu Ukraine melaporkan Rusia telah kehilangan lebih 3,500 tentera akibat terkorban dalam pertempuran di Kyiv.

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors