Diganggu debt collector? Ini yang anda perlu lakukan
Berkenaan debt collector ni, kami dah banyak kali jumpa soalan yang sama, bertahun-tahun. Jadi sebenarnya apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda dapat panggilan dari debt collector?
1. Sahkan panggilan atau sms mereka. Kebiasaannya debt collector akan menakutkan anda dengan notis mahkamah melalui sms atau whatsapp. Boleh kata 99% notis mereka adalah palsu. Mahkamah tidak menggunakan aplikasi whatsapp. Mahkamah menggunakan surat sahaja.
2. Hubungi 'mahkamah' yang dinyatakan oleh debt collector tersebut. Debt collector akan memetik mana-mana mahkamah berdekatan dengan lokasi tempat tinggal anda. Justeru anda cuma perlu google nombor mahkamah yang dinyatakan dan hubungi mereka untuk dapatkan pengesahan.
3. Minta penyata hutang. Anda mestilah meminta bukti hutang tersebut dari mereka sebelum anda membayarnya. Jangan sesekali mengaku hutang tersebut sebelum anda memeriksa butiran hutang terlebih dahulu. Ini termasuklah kadar faedah yang dikenakan. Kebanyakan hutang sudah menjadi lapuk selepas 6 tahun. Sekiranya anda mengaku hutang tersebut, mereka boleh menuntut hutang tersebut di mahkamah. Jika hutang sudah lapuk selepas 6 tahun, mereka tidak boleh menuntut di mahkamah.
4. Ada debt collector yang agak agresif sehingga menghubungi rakan anda, majikan dan ahli keluarga. Mereka cuma berniat memalukan anda dengan harapan memberikan anda tekanan. Ini adalah salah di sisi undang-undang dan anda boleh buat laporan polis terhadap nombor panggilan tersebut kerana membocorkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga.
5. Sekiranya debt collector terus menggangu anda, block mereka atau muat turun aplikasi true caller.
Nak tanya ,ahli keluarga hutang wang,tapi rumah bukan nama dia, collector dapatkan surat mahkamah dan terpaksa minta bantuan lawyer untuk selesai masalah ini. Macam mana boleh claim balik lawyer fees kerana owner bukan si hutang,tetapi owner yang jadi mangsa untuk cari lawyer buktikan rumah itu bukan milik si hutang?
ReplyDelete