Bolehkah majikan mengurangkan komisen anda?



Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan beberapa pekerja syarikat kurier J&T dilihat melempar barang-barang di pusat pengumpulan dan agihan mereka di Perak, semalam.

Tidak pasti apakah isu sebenar yang mencetuskan ‘mogok’ seperti dalam video tular tersebut. Ada yang mendakwa ia adalah berkenaan isu komisen yang dikurangkan oleh syarikat J&T seperti yang dilaporkan oleh media. J&T telah mengeluarkan kenyataan dan menyatakan bahawa ia adalah suatu salah faham semata-mata.

Namun sebenarnya apakah kedudukan komisen pekerja di bawah undang-undang? Undang-undang melihat kepada kontrak kerja antara majikan-pekerja. Berkenaan komisen, mahkamah dalam kes Choong Tuck Long v Hawaii Bakery & Food Industries (M) Sdn Bhd [2015] 1 ILJ 20 telah memutuskan bahawa;

“It was clear through cl 6.1 of the said contract that the commission rate was to be fixed by the company at its discretion. There was no provision for the claimant to be consulted or that mutual consent was needed for change in commission rate. The claimant had only to be notified. No evidence was adduced to show that the commission rate was fixed at 1%. The company was entitled to change the commission rate according to its discretion. There was no breach of contract by the company in changing the commission rate from 1% to 0.5%”

Dalam kes tersebut, mahkamah memutuskan bahawa pihak syarikat boleh mengurangkan kadar komisen daripada 1% kepada 0.5% tanpa perlu mendapat persetujuan dari pihak pekerja.

Sekiranya kontrak pekerjaan menyatakan bahawa majikan boleh mengubah terma berkaitan komisen, maka ia tidak menjadi suatu kesalahan untuk berbuat demikian.

Walau apa jua sekalipun, apa-apa tindakan yang sengaja boleh menyebabkan kerosakan kepada barangan pengguna adalah tidak wajar.

Syarikat J&T dan pekerjanya boleh disaman oleh pengguna sekiranya barang mereka rosak semasa pengendalian oleh syarikat berkenaan.


Difahamkan bahawa pekerja yang didakwa melakukan perbuatan tersebut sudah pun memohon maaf secara terbuka. Isu ini dianggap sudah selesai.

Comments

  1. Incredible post, much obliged for offering this to us. I will impart this to my group and companions as well. To make your and your peruser's shopping more reasonable.

    Corporate Gifts

    ReplyDelete

Post a Comment

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors