Kenyataan terhadap YDPA: UMANY mohon maaf, netizen mahu tindakan tegas diambil



University of Malaya Association of New Youth (UMANY) membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini, berkenaan dengan satu kenyataan bertajuk “YDPA Should Not Interfere in National Affairs” yang dipaparkan di halaman Facebook Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris UMANY pada 30 Oktober 2020.

UMANY turut menegaskan bahawa ia mematuhi sistem raja berperlembagaan di Malaysia serta menghormati peranan YDPA dalam perlembagaan.

“Selain menzahirkan maaf kepada masyarakat, pihak UMANY ingin secara khususnya mengemukakan permohonan maaf dan memohon ampun Tuanku atas kekurangan pemahaman kami terhadap perlembagaan.” kenyataan itu dipetik.

UMANY turut menjelaskan bahawa kenyataan yang dinyatakan pada 30 Oktober adalah untuk tujuan perbincangan akademik dan tidak berniat untuk menghasut. 

“Tambahan pula, Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia juga merupakan undang-undang zalim yang menindas kebebasan bersuara rakyat. Kita menuntut pihak polis untuk menghentikan segala siasatan yang dijalankan di bawah akta-akta tersebut terhadap ahli-ahli UMANY dan menggesa kerajaan agar memansuhkan undang-undang zalim ini yang menyekat kebebasan bersuara.”

UMANY juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan solidariti kepada mereka. 

“Pihak UMANY juga akan meneruskan usaha pihak kami dalam memupuk dan mempertahankan kebebasan demokrasi di Malaysia bersama dengan masyarakat sivik demi Malaysia yang lebih baik,”



Pada Oktober lalu, UMANY mengeluarkan kenyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak berhak mencampuri urusan negara dalam menolak pengisytiharaan darurat.

Kenyataan ini telah mengundang pelbagai reaksi negatif termasuk dari Pengerusi Biro Perundangan Armada Bersatu Malaysia, Mohamad Siddiq Mohd Azani yang menasihatkan UMANY agar mengkaji sejarah terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Walaupun UMANY sudah membuat permohonan maaf, warganet rata-rata tidak menerima permohonan maaf tersebut dan mahu tindakan tegas diambil susulan dari kenyataan tersebut.

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors