Penggubahan wang haram: tugas syarikat untuk berjaga-jaga, tidak semudah ‘I don’t know’

Oleh Amir Zain



Dalam kes Macau Scam, saya lebih tertarik dengan isu syarikat (company compliance's matter). 

Seperti yang tertera di laporan media, salah satu syarikat  yang dipilih oleh geng Macau Scam untuk penggubahan wang haram (money laundering) adalah syarikat milik pelawak Shuib, Bubble Bee Malaysia.

Persoalan bermain di fikiran kita yang sentiasa prejudis adakah Shuib dan mereka berkomplot?

Persoalan lebih umum, adakah pemilik atau pengarah syarikat Bubble Bee Malaysia boleh menggunakan “saya tidak tahu” sebagai alasan pembelaan yang baik terhadap kes AMLA ini? 

Park soalan ini.

COMPLIANCE SYARIKAT

Ketika saya berkhidmat di salah sebuah syarikat yang tersenarai di Fortune 500, bab pematuhan atau compliance ini adalah topik paling pecah kepala yang perlu dihadam oleh penasihat undang-undang. Banyak business expansion & development (BD) gagal kerana isu compliance.



Semenjak 2014 sehingga kini, isu compliance berevolusi amat cepat dan penalti / denda yang dikenakan terhadap syarikat yang terpalit atas kesalahan tidak patuh (non-compliance) amatlah berat sehingga boleh membuatkan sebuah syarikat itu jatuh muflis.

Di dalam isu compliance, ada 5 undang-undang yang kritikal wajib dipatuhi:

1. Ethics & Integrity
2. Data Privacy
3. Sanction
4. Export Control
5. Competition

Penulisan hari ini hanya tertumpu pada Ethics & Intergrity. Cabang ini amat luas dan ia termasuklah merangkumi bab rasuah & AMLA atau Anti Money Laundering. Rasuah & AMLA memang adik beradik. Duit rasuah pun perlu dicuci sebelum boleh dibelanjakan.

Saya kongsi syarikat besar yang terpalit dengan money laundering dan rasuah.


Siemens didenda USD800 juta oleh US Department of Justice (DOJ). Halliburton didenda USD579juta. Total didenda USD398juta. BAE (UK) didenda USD400juta, Shell tak payah cakap lah tahun 2010 dah kena denda USD48juta, kini masih ada ongoing cases melibatkan rasuah USD1Billion di Nigeria dan Italy. Kes tempatan melibatkan AMLA yang dikantoikan SPRM pun banyak, cuma tak menarik perhatian kita seperti kes Macau Scam.

Yang menarik tentang kes yang disebut di atas ialah, kebanyakkan kesalahan tidak dilakukan oleh syarikat yang didenda. Tetapi ia dilakukan oleh partner mereka (JV), kontraktor, sub-kontraktor, agen dan pihak ketiga. 

Ini termasuklah kes Riza Aziz anak tiri Datuk Seri Najib Razak; DOJ telah mendenda (via settlement) USD60 juta kerana ada element money laundering oleh pelabur filem Wolf of Wall Street di dalam syarikat Red Granite Pictures. Dan paling menarik, bayaran denda itu biasanya “is not an admission of wrongdoing”. US DOJ mempunyai extra territorial jurisdiction di bawah Foreign Corruption Practice Act yang dikenali sebagai “long-arm provision” iaitu mereka boleh mendenda sesiapa pun yang ada kes rasuah atau penggubahan wang haram.

Berbalik kepada kes Macau Scam. Jadi apakah pembelaan paling utuh dan kukuh jika syarikat kita tiba-tiba terpalit kes AMLA seperti yang terkena pada pelawak Shuib?

Jawapan yang diberikan oleh undang-undang ialah perlunya membuktikan bahawa syarikat kita telah melakukan soal selidik yang munasabah dan mencukupi (adequate and reasonable due-diligence) untuk kita mengenal pasti apa jua petanda (red flag) ketidakpatuhan undang-undang.

Section 24 (2) AMLA 2001 memberi perlindungan pembelaan seperti berikut:

“In proceedings against any person for an offence under this Part (offence), it shall be a defense for that person to show that he took all reasonable steps and exercised all due diligence to avoid committing the offence”.

Bahasa mudahnya, hang dah check ka hang deal dengan siapa? Itu sahaja defense yang diberikan oleh AMLA. 

Jadi kalau menjawab dengan SPRM seperti, “saya tidak tahu menahu tu duit haram” bukanlah satu pembelaan yang baik.


Prinsip yang sama yang ada pada FCPA. Syarikat besar saya sebut diatas turut terpalit dengan kesalahan itu adalah kerana mereka gagal untuk melaksanakan due-diligence yang sewajarnya terhadap counterparty mereka.

Kerana banyak sangat kes dikantoikan, ini membuka mata syarikat gergasi untuk memantapkan unit compliance mereka. Sebab tu compliance officer adalah most wanted job di seluruh dunia sampai hari ini oleh syarikat-syarikat gergasi.

Banyak syarikat yang prudent telah memulakan KYC (Know-Your-Client) dengan memberi KYC form kepada semua pihak yang berurusan. Kalau baca KYC forms ni, sampai anak bini semua dia tanya.

Manakala dalam setiap kontrak (contoh JV agreement), banyak compliance clause perlu diketengahkan agar syarikat tidak terpalit dengan isu ethics & intergrity. 

Jadi berbalik kepada persoalan di awal penulisan ini, saya serahkan kepada pembaca membuat kesimpulan sendiri dalam fikiran masing-masing. 

Apa-apapun, jangan prejudis, mamat tu dah kena taji 23 jam kat SPRM. In SPRM we trust.


Amir Zain merupakan pemilik Abraham & Sorrels Furniture dan bekas Penasihat Undang-Undang Industri Oil & Gas selama lebih 8 tahun.

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JUMPAKATMAHKAMAH.com

Comments

  1. casino.bet Archives - DRMCD
    casino.bet has 안동 출장마사지 a new signup code: 365WIP 제주 출장샵 for new accounts and a $100 bonus on 삼척 출장샵 qualifying bets, up 속초 출장마사지 to $100 in bonus cash. Read the full review. 순천 출장마사지

    ReplyDelete

Post a Comment

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors