KP Kesihatan jelaskan mengapa perlu PKPB di Selangor & Wilayah Persekutuan



Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, PKPB terpaksa dilaksanakan di seluruh Selangor & Wilayah Persekutuan kerana jumlah kes jangkitan sudah mula menunjukkan corak berselerak dan bukan lagi tertumpu di daerah-daerah tertentu.

Beliau menjelaskan meskipun jumlah direkodkan kurang dari 100 kes bagi Lembah Klang, namun ia secara konsisten mencatatkan kes baru setiap hari.

Beliau turut berkata bahawa jumlah kes positif yang dicatatkan setiap hari bukanlah satu-satunya faktor yang menjadi penilaian oleh pihak KKM, tetapi trend penularan jangkitan yang sudah lagi tidak dapat dikawal.


"Penting untuk kita faham bahawa penilaian risiko sama ada teruk atau tidak situasi pandemik di sesebuah negeri itu bukan hanya sekadar melihat bilangan kes positif tetapi juga corak penularan jangkitan tersebut di dalam negeri itu.”

"Sekiranya penularan jangkitan hanya tertumpu kepada satu atau dua daerah sahaja, pendekatan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bersasar mungkin boleh dilaksanakan.

"Bagaimanapun jika penularan jangkitan telah menular ke setiap daerah di dalam negeri tersebut dan terus merekodkan kes-kes baharu setiap hari, ini bermakna penularan jangkitan itu tidak lagi dapat dibendung dengan berkesan.

"Oleh itu, pendekatan yang terbaik untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan ini adalah dengan melaksanakan PKPB di seluruh negeri itu supaya penularan jangkitan rentas daerah ataupun negeri dapat dikawal dan dibendung dengan lebih berkesan,"


Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPB di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula tengah malam ini, pada pukul 12.01 pagi, 14 Oktober 2020.

Semalam, Menteri Besar Selangor Amirudin Shaari berkata PKPB sepatutnya dilaksanakan di daerah-daerah tertentu sahaja dan bukannya seluruh negeri Selangor.

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors