TGV di Terengganu buat peraturan asingkan tempat duduk lelaki & wanita

Syarikat pawagam TGV di Mesra Mall, Kemaman Terengganu telah melaksanakan polisi pengasingan tempat duduk antara lelaki dan wanita.



Ia selaras dengan syarat peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Kemaman dan telah mula berkuatkuasa sejak semalam.

Di bawah peraturan baru tersebut, tempat duduk akan dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu lelaki di sebelah kanan pawagam, keluarga di tengah dan perempuan di sebelah kiri.



Selain itu, penonton beragama Islam juga perlu memakai pakaian yang menutup aurat manakala bagi bukan Islam, hanya berpakaian sopan dengan tidak terlalu ketat, jarang dan singkat.



Larangan membawa minuman keras turut dikenakan.

TGV memaklumkan bahawa polisi ini hanya berkuatkuasa di Mesra Mall, Kemaman sahaja dan tidak di tempat lain.

Rata-rata warganet menyambut baik peraturan baru ini dan berharap PBT di negeri-negeri lain juga turut mencontohi Kemaman.

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors