Hukuman rogol: kami cadang potong ‘semua’ terus



Susulan kes di mana seorang wanita dirogol di tepi lebuhraya di Pakistan oleh dua lelaki bersenjata beberapa hari lalu, Perdana Menteri Imran Khan mencadangkan agar perogol dihukum ‘kembiri’ atau castration iaitu satu prosedur perubatan dilakukan bagi membuang kedua-dua testis (testes) perogol.



Hukuman ini sering diperdebatkan setiap kali berlaku kejadian rogol di merata dunia. Pada tahun 2014, perkara yang sama pernah dibincangkan di India apabila kejadian rogol dan bunuh melibatkan seorang gadis menaikkan kemarahan rakyat di negara itu.

Walaubagaimanapun seorang doktor berpendapat castration tidak cukup kerana zakar perogol masih tidak dibuang.

“If he was castrated, his testosterone levels would drop significantly but not all the way to zero. Most testosterone is produced by the testes, but some is made in the adrenal glands above the kidneys.”
- Dr. Andrew Kramer, University of Maryland

Namun apa yang dicadang oleh Imran Khan hanyalah chemical castration, iaitu dengan memasukkan sejenis dadah ke dalam tubuh perogol untuk mengurangkan keinginan seksnya.

Hukuman chemical castration ke atas pesalah jenayah seksual ini sudah pun dilaksanakan di beberapa negara seperti Argentina, Moldova, Poland dan Australia.



Selain dari itu, ada yang mencadangkan hukuman emaskulasi atau emasculation iaitu membuang keseluruhan zakar dan testes perogol.

Ini dapat mempastikan perogol tidak akan dapat mengulangi jenayahnya sekaligus ‘membunuh’ kelelakiannya seumur hidup.

Cadangan ini pernah dikemukakan oleh pemimpin politik di India, Venkiah Naidu pada tahun 2013.

Pejabat Peguam Negara New Zealand juga pernah mengemukakan cadangan yang sama pada 2011.

“Parliament should consider injecting rapists with some substance that permanently stops erection to avoid situations where the offenders commit further offences on their return from prison,”
- Emmanuel Muchenga

Di Malaysia, cadangan kembiri kepada perogol pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun pada tahun 2017.

Namun ia hanya dicadang kepada pesalah pedofilia sahaja.

Mungkin telah tiba masanya kerajaan memandang serius cadangan pindaan hukuman ini dan bukan sahaja kepada pesalah pedofilia, tetapi kepada semua pesalah rogol tanpa mengira latar belakang mangsa mereka. Dan mungkin juga, potong semua terus lebih baik.

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors