Bagaimana nak selesaikan masalah jiran parking depan rumah



Bayangkan anda baru pulang dari tempat kerja, sudahlah penat dan letih menempuhi traffic, tiba di rumah terlihat pula kereta bersusun di depan kawasan rumah tetapi anda bukan penjual kereta terpakai!

Atau, anda mahu keluar ke tempat kerja dengan segera dan sudah lewat memasuki pejabat. Percubaan anda untuk reverse keluar dari rumah ibarat menempuh cabaran Istana Takeshi! Tensionnya, kan?



Mungkin anda mengadakan majlis kecil-kecilan di rumah dan menjemput rakan terdekat anda untuk hadir. Sesudah mereka tiba di rumah anda, anda tanya di mana mereka meletakkan kenderaan mereka? Lantas mereka bilang mereka datang cuma naik Grab je, sebab sudah tahu parking di rumah anda susah. Alahai, serba salah dibuatnya kan?

Ini kerana anda berjiran dengan orang yang tidak bertimbang rasa dengan meletak kenderaan mereka sesuka hati di mana sahaja mereka suka, termasuk di hadapan kawasan rumah anda!

Apakah ini menjadi suatu kesalahan? Ya!

Di bawah seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, menyatakan bahawa;

“Jika mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor menyebabkan atau membenarkan kenderaan motor itu dihentikan di mana-mana jalan dalam apa-apa kedudukan atau apa-apa keadaan atau apa-apa hal keadaan yang mungkin menyebabkan bahaya, galangan atau kesusahan tidak berpatutan kepada pengguna jalan yang lain atau kepada lalu lintas, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya.”

RM1,000 denda minimum, bro!

Namun anda masih bersabar. Dan mahu beri peluang kepada jiran anda. Tetapi masih tidak berubah. Apakah yang anda boleh lakukan?

Anda boleh membuat laporan kepada Majlis Perbandaran/Daerah Tempatan kawasan anda dan juga laporan polis.



Pihak berkuasa diberikan kuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan untuk menunda kenderaan yang diletakkan tidak mengikut peraturan.

Di samping itu jika galangan kenderaan jiran anda telah merosakkan landscape kawasan rumah anda, anda juga boleh mengambil tindakan saman dan menuntut ganti rugi terhadap jiran anda.

Walaubagaimanapun, sudah tentu langkah yang terbaik adalah untuk berbincang dengan jiran anda. Panggil mereka ke rumah anda dan jamu mereka makan malam yang enak kemudian tanya mereka adakah mereka mahu kenderaan mereka dijual oleh anda memandangkan rumah anda kini sudah menjadi kedai menjual kenderaan terpakai.

Percayalah, esok mereka tidak akan lagi letak kenderaan di hadapan rumah anda.

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors