‘Rule Of Capture’: Siapa cepat dia dapat?



Oleh Amir Zain

KOLUM | Bagi industri petroleum upstream, ada asas perundangan yang kita panggil ‘Rule Of Capture’. 

Satu prinsip undang-undang yang peguam industri oil & gas seluruh dunia memang wajib tahu. Rule of capture banyak terguna pakai dalam blok minyak yang disatu unitkan (unitization).

Block PM3CAA asalnya adalah contoh rule of capture yang diguna pakai oleh Petronas sebelum dituntut oleh Petrovietnam (Vietnam). 

Apakah itu ‘Rule of Capture’?



Rule of capture ialah sesiapa yang menjumpai dahulu sumber minyak asli (atau apa sahaja natural resources), ia menjadi hak orang yang menjumpai itu. 

Rule of capture adalah bersanadkan prinsip perundangan English Common Law. 

Tetapi setiap prinsip undang-undang pasti mempunyai pengecualian.

Rule of capture tidak boleh digunakan jika sumber alam itu DITUNTUT oleh si tuan tanah. Tuan tanah dalam konteks industri petroleum ialah empunya lesen PSC, konsesi dan sebagainya. 

Jika tuntutan tuan tanah tidak diendahkan, prinsip asas "trespass" atau menceroboh boleh digunakan. 

Keyword disini ialah ia mesti DITUNTUT. Kalau tidak dituntut dan diabaikan, rule of capture boleh terpakai sampai bila-bila.

Namun Rule of Capture tidak boleh digunakan dalam kes durian harga mahal (dibaca: harga yahudi) di Pahang. 

Sebab mereka mungkin telah menceroboh, membenih durian sehinggalah mereka menuai hasil. 


Amir Zain merupakan seorang Ahli Perniagaan dan bekas Penasihat Undang-Undang Industri Oil & Gas selama lebih 8 tahun.

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JUMPAKATMAHKAMAH.com

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors