Apakah itu ‘Penghakiman Terus’?

Ramai yang bertanya apakah itu ‘Penghakiman Terus’.



1. Ia merupakan satu permohonan khas yang perlu difailkan di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

2. Permohonan tersebut dinamakan permohonan penghakiman terus atau ‘summary judgment application’

3. Permohonan ini adalah bagi mengelak perbicaraan penuh. Elak perbicaraan? Pasti ada yang cakap “bukankah ia tidak adil jika begitu?”

4. Bertendang. Bukan semua kes boleh diberikan penghakiman terus. Hanya kes-kes tertentu sahaja. Seperti apa?

5. Penghakiman terus dibenarkan jika pihak Defendan tidak mempunyai merit pembelaan atau sekadar memberikan pembelaan penafian semata-mata tanpa menunjukkan perkara tersebut penting dibicarakan di dalam perbicaraan penuh.

6. Apabila sesebuah pihak memfailkan permohonan bagi mendapatkan penghakiman terus, mahkamah akan mengarahkan pihak yang satu lagi menunjukkan kepada mahkamah bahawa kesnya terdapat isu-isu penting untuk dibawa ke perbicaraan penuh, sekiranya gagal menunjukkan sedemikian, mahkamah akan membenarkan permohonan penghakiman terus tersebut.

7. Di dalam kes South East Asia Insurance Bhd v. Kerajaan Malaysia [1998] 1 CLJ 1045, mahkamah menyatakan bahawa penghakiman terus sesuai hanya bagi kes yang jelas tiada isu perlu dibicarakan sahaja.

“It is well settled that if a defendant in an O. 14 application succeeds in raising even a single triable issue, it will not be a fit case and proper case to order summary judgment. It is only in plain and obvious cases where there are no issues to be tried should recourse be had to O. 14.”

8. Antara syarat utama sebelum mahkamah memberikan penghakiman terus adalah pihak Defendan perlu memfailkan pembelaannya terlebih dahulu. Mahkamah tidak akan memutuskan penghakiman terus tanpa meneliti terlebih dahulu pembelaan Defendan demi keadilan kepada pihak Defendan.

9. Maka, perbicaraan yang memakan masa dan kos dapat dielakkan jika tiada isu penting yang bermerit yang perlu dipertimbangkan oleh pihak Mahkamah.

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors