Pikat isteri orang, mengapa hanya lelaki yang dihukum?



Di Malaysia, perbuatan memikat dan membawa lari isteri orang merupakan satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

Seksyen 498 menyatakan bahawa;

“Barang siapa membawa atau memikat seseorang perempuan yang menjadi dan yang ia ketahui atau ada sebab untuk mempercayai sebagai isteri seseorang lelaki lain atau, daripada lelaki itu, atau daripada seseorang yang bertanggungjawab menjaga perempuan itu bagi pihak lelaki berkenaan, dengan niat supaya perempuan itu boleh melakukan 

persetubuhan yang ditegah dengan mana-mana orang, atau barang siapa menyembunyikan, atau menahan dengan niat itu seseorang perempuan tersebut, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.”



Di dalam kes RAMASAMY v PUBLIC PROSECUTOR [1938], mahkamah merujuk kepada kes England dalam menyatakan maksud ‘mengambil isteri orang’ seperti berikut;

In Rex v. Jarvis, in his direction to the Jury, Jelf, J. says:–

"Although there must be a taking, yet it is quite clear that an actual physical taking away of the girl is not necessary to render the prisoner liable to conviction; it is sufficient if he persuaded her to leave her home or go away with him by persuasion or blandishments. The question for you is whether the active part in the going away together was the act of the prisoner or of the girl; unless it was that of the prisoner he is entitled to your verdict."

Di bawah seksyen ini, kehendak wanita itu adalah tidak material. Walaupun wanita tersebut mahu mengikuti lelaki yang memikatnya, kesalahan jenayah hanya tetap diletakkan ke atas lelaki dan tiada hukuman ke atas wanita itu.



Pada tahun 2010, kedudukan undang-undang ini pernah dicabar sebagai tidak adil dan mendiskriminasi kaum lelaki sahaja maka ia bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Namun ia tidak dapat diputuskan di mahkamah tertinggi kerana ia terhenti. 

Apakah pendapat anda? Adakah adil jika hanya lelaki sahaja yang ditangkap dan didakwa sedangkan isteri orang itu sendiri yang mahukan dia ‘dibawa’ lari? Adakah undang-undang ini perlu dipinda?

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors