Perkara yang anda perlu elak sebelum membeli rumah lelong



Elak membeli rumah lelong yang bermasalah. Antara masalah yang bakal timbul dari beli rumah lelong;

1- Rumah berpenghuni & enggan keluar rumah (anda perlu memfailkan saman untuk mengusir keluar penghuni lama kelak, maka bertambah kos guaman yang perlu dibayar dan mengambil masa yang panjang)

2- Rumah terdapat kaveat di atasnya (anda juga perlu berbelanja kos guaman untuk memotong kaveat ini di mahkamah, dan proses boleh mengambil masa hingga bertahun jika terdapat rayuan)

3- Rumah yang terlalu banyak kerosakan (kos pemulihan yang tinggi, melainkan anda punyai banyak wang)

Walaupun rumah lelong kebiasaannya murah berbanding harga pasaran, namun banyak faktor lain yang perlu diambil kira. Banyak ‘kos-kos’ sampingan seperti dinyatakan di atas.

Untuk mengelak dari situasi ini, anda boleh melakukan sedikit penyiasatan sebelum membuat keputusan membeli rumah lelong.

1. Lakukan carian di pejabat tanah terlebih dahulu.

2. Lawat kawasan rumah dan perhatikan keadaan rumah dari luar.

3. Tanya jiran tetangga di kawasan rumah yang anda hendak beli itu berkenaan sejarah dan penghuni rumah tersebut.

4. Tempoh untuk menyelesaikan baki bayaran selepas anda berjaya membida rumah tersebut cuma 3/4 bulan sahaja. Justeru, adalah penting untuk anda mempastikan bahawa anda layak membuat pinjaman bank jika anda berniat untuk memohon pinjaman. Namun jika anda merupakan pembeli cash, ia tidak menjadi masalah.

Setelah anda berpuas hati, barulah anda meneruskan niat anda untuk membida rumah lelong tersebut. Semoga berjaya!

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors