Mabuk di tempat awam boleh dipenjara di Malaysia



Jika seseorang didapati mabuk di tempat awam, beliau boleh ditangkap dan didakwa di bawah seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Any person who is found drunk and incapable of taking care of himself, or is guilty of any riotous, disorderly or indecent behaviour, or of persistently soliciting or importuning for immoral purposes in any public road or in any public place or place of public amusement or resort, or in the immediate vicinity of any Court or of any public office or police station or place of worship, shall be liable to a fine not exceeding twenty-five ringgit or to imprisonment for a term not exceeding fourteen days, and on a second or subsequent conviction to a fine not exceeding one hundred ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three months or to both.”

Larangan mabuk juga dikenakan ke atas kawasan-kawasan awam seperti taman awam, tempat peranginan, mahkamah, balai polis serta tempat ibadat.

Jika sabit kesalahan, seseorang boleh dipenjara sehingga 14 hari.

Selain itu, jika seseorang tersebut tidak dapat mengawal dirinya sehingga melakukan perkara tidak sopan, lucah serta menimbulkan keadaan huru-hara, dia turut boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen ini.

Walaubagaimanapun hukuman denda yang dikenakan terlalu rendah, memandangkan akta ini tidak pernah dipinda sejak tahun 1955, sebelum merdeka lagi.

Apakah pendapat anda hukuman yang wajar dikenakan serta nilai denda baharu ke atas kesalahan begini?

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Follow us on Twitter

Follow us on Instagram

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors