Kuasa tarik semula kes, mengapa Mahkamah enggan campur tangan bidangkuasa AG?



Seseorang Peguam Negara mempunyai kuasa yang sangat tidak terbatas dalam memulakan, atau memberhentikan sesuatu prosiding jenayah ke atas seseorang.

Ini diperuntukkan di bawah perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. Kuasa ini sangat luas sehingga mahkamah enggan campur tangan dalam bidangkuasa AG, mengapa?

SISTEM PEMISAHAN KUASA ANTARA MAHKAMAH DAN KERAJAAN

Malaysia berteras kepada sistem demokrasi berperlembagaan. Bermakna, sistem demokrasi kita bukan satu sistem tanpa kawalan, kerana setiap pergerakan kita, tindakan kita adalah dikawal di bawah perlembagaan.

Terdapat pemisahan kuasa antara kehakiman (mahkamah), eksekutif (kerajaan persekutuan) serta perundangan (parlimen).

Ketiga-tiga badan ini menjalankan fungsinya yang berbeza mengikut perlembagaan. Ketiga-tiga badan ini tidak boleh mencampuri urusan bidangkuasa masing-masing.

Di dalam isu kuasa Peguam Negara, mahkamah berpendapat ia merupakan urusan Parlimen yang bertanggungjawab meminda perlembagaan, dan bukanlah tugas mahkamah untuk menjadi penggubal undang-undang.

Di dalam kes Khairuddin bin Abu Hassan v Tan Sri Mohamed Apandi Ali (sued in his capacity as the appointed ‘Attorney General’) [2017], mahkamah menyatakan;

“It must be stressed that the AG is expected to act honestly and without fear and favor. However, the avenue of the person being unhappy with his decision is elsewhere and not to the court.”

Di dalam kes Bar Malaysia v Peguam Negara Malaysia [2017], mahkamah memutuskan bahawa;

In Mohd Rafizi bin Ramli v Public Prosecutor [2014] 3 MLJ 114, the Court of Appeal held that the courts ought to refrain from inquiring into the AG’s exercise of discretion under Article 145 (3) following DPP v Humphreys [1976] 2 All ER 497 where it was said:

“A judge must keep out of the arena. He should not have or appear to have any responsibility for the institution of a prosecution. The functions of prosecutors and of judges must not be blurred. If a judge has power to decline to hear a case because he does not think it should be brought, then it soon may be thought that the cases he allows to proceed are cases brought with his consent or approval.”

Mahkamah telah menyatakan bahawa perlembagaan jelas memperuntukkan kuasa kepada AG untuk memulakan atau memberhentikan prosiding jenayah, oleh yang demikian bukanlah tugas mahkamah untuk mengambil alih kuasa tersebut.

Ia juga selaras dengan prinsip pemisahan kuasa yang diamalkan oleh Malaysia menurut Perlembagaan Persekutuan.

PINDAAN TERHADAP PERKARA 145(3) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Memandangkan kuasa yang tidak terbatas ini sering menjadi kontroversi, kerajaan terdahulu pernah berjanji untuk melihat semula perkara ini dengan agenda reform dilakukan seperti pengasingan kuasa antara Peguam Negara dengan Pendakwa Raya.

Dalam sistem yang diamalkan sekarang, Peguam Negara adalah juga Pendakwa Raya di Malaysia.

Sekiranya dipisahkan kedua-dua jawatan ini, Pendakwa Raya boleh bertindak sebagai badan bebas (seperti Ketua Hakim Negara) di mana ia tidak terikat dengan arahan dari kerajaan memandangkan ia bukan penasihat undang-undang kepada kerajaan.

Peguam Negara kini adalah penasihat undang-undang utama kerajaan oleh kerana itu timbul isu konflik apabila melibatkan kes jenayah pegawai tertinggi kerajaan. Demi mengelakkan persepsi ini, adalah lebih baik kedua-dua pejabat ini dipisahkan.

Pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya ini mirip dengan sistem yang diamalkan di negara seperti Amerika Syarikat dan Australia.

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors