Di Malaysia, anda tidak boleh saman parti politik anda jika anda dipecat

Apa terjadi sekiranya anda dipecat dari parti politik anda di Malaysia? Adakah anda boleh mengheret parti anda ke mahkamah?



Well, nasib tidak baik, sebab anda tidak boleh berbuat demikian. Ini kerana seksyen 18C Akta Pertubuhan melarang tindakan membawa isu berkaitan hal ehwal parti politik ke mahkamah. Seksyen 18C menyebut; 

“Keputusan sesuatu parti politik atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya atau oleh perlembagaannya atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya tentang pentafsiran perlembagaan, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturannya atau tentang apa-apa perkara yang berhubung dengan hal ehwal parti itu adalah muktamad dan konklusif dan keputusan itu tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan, dan tiada mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk melayani atau memutuskan apa-apa guaman, permohonan, soal atau prosiding atas apa-apa alasan berkenaan dengan kesahan keputusan itu.”

Seksyen 18C memberi perlindungan kepada parti politik dan terselamat dari skrutini oleh pihak mahkamah.

Prinsip ini telah diakui oleh mahkamah di dalam kes Salihudin bin Hj Ahmad Khalid & Ors v Pendaftar Pertubuhan Malaysia & Anor [2020], di mana telah dinyatakan dalam kes itu bahawa;

“This court was bound by the Federal Court’s interpretation of the ambit and effect of s 18C of the SA with regard to matters concerning political parties in Pendaftar Pertubuhan v Datuk Justin Jinggut [2013] 3 MLJ 16. In that case, the Federal Court dealt specifically with the interpretation of s 18C of the SA and that was also the sole issue before the High Court in the instant case,”

Mahkamah turut menyatakan bahawa;

“The reliefs sought by the appellants were not within the court’s purview as they came within the ambit of s 18C of the SA in that they related to ‘the interpretation of its constitution, rules or regulations or on any matter relating to the affairs of the party’. Parliament had expressly and in clear and unambiguous terms prohibited the courts from being entangled in disputes relating to the affairs of political parties and the reasons for taking that position was obvious,”

Di dalam kes Pendaftar Pertubuhan v Datuk Justin Jinggut [2013] yang diputuskan di Mahkamah Persekutuan, mahkamah sekali lagi mengiktiraf seksyen 18C dengan menyatakan seperti berikut;

“We agree with the learned senior federal counsel, for the ROS who submitted that, in any event, s 18C of the Act clearly excludes the jurisdiction of the courts from going into the merits of any disputes between members of a political party”

“So clearly the court is restrained from questioning the decisions made by the disputing parties of a political party at their respective meetings.”

Hm, macam tak adil pula kan undang-undang ni? Tapi nak buat macam mana, kuasa Parlimen yang membuat undang-undang.

Mungkin disebabkan oleh parti politik yang membentuk keanggotaan dalam Parlimen, jadi demi mempastikan tiada campur tangan dalam Badan Perundangan oleh Badan Kehakiman, mahkamah tidak dibenarkan untuk mencampuri urusan dalaman parti politik.

Apa pendapat anda? Tinggalkan komen di bawah. Jangan lupa like & share!

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors