Wedding Planner/Catering perlu pulangkan semula wang pengantin jika batal akibat PKPB



Apabila kerajaan mengumumkan majlis perhimpunan termasuk majlis perkahwinan tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ramai pengantin mahu mendapatkan wang mereka semula daripada pihak perancang perkahwinan/pihak katering.

Sebenarnya pihak katering atau perancang perkahwinan perlu memulangkan semula wang yang telah dibayar kepada mereka.

Ini kerana undang-undang melarang peniaga atau penjual menyimpan wang bagi perkhidmatan yang belum diberikan kepada pengguna.

Seksyen 17 (3) Akta Perlindungan Pengguna (“APP”) menyatakan;

“Jika pengguna telah membayar kepada pembekal wang lebih daripada yang pembekal berhak mengenakan di bawah perenggan (2)(a),(b) atau (c) pembekal hendaklah membayar balik bayaran yang lebih itu atau membolehkan bayaran balik didapati, dalam masa empat belas hari dari pembatalan.”

Jika anda sudah membayar pihak katering sebanyak RM15,000 untuk majlis pada tahun hadapan, bermakna anda berhak untuk mendapatkan semula wang tersebut dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis pembatalan diberkan kepada pihak katering.

Walaubagaimanapun jika pihak perancang perkahwinan atau katering boleh membuktikan bahawa ia telah berbelanja untuk membeli barang keperluan bagi persiapan majlis, mereka boleh mengenakan bayaran setakat barang yang telah dibelanjakan itu sahaja.

Ini diperuntukkan di bawah seksyen 17(2)(b) Akta yang sama yang menyebut;

“Seseorang pengguna yang membatalkan suatu kontrak perkhidmatan hadapan boleh dikenakan amaun yang berikut oleh pembekal:

(b) kos bagi apa-apa barang yang digunakan atau disimpan oleh pengguna,”

Jadi, perbincangan adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Pihak pengguna dan pihak perancang perkahwinan/katering perlu adil kepada masing-masing agar masalah ini dapat diselesaikan dengan baik!

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors