Penjawat awam rentas negeri boleh dibuang kerja atau turun pangkat

Media melaporkan banyak laluan balik ke Kuala Lumpur mulai ditutup pada hari ini. Beberapa gambar dikongsi ke media sosial menunjukkan pihak pengurusan lebuhraya dan polis trafik sudah mulai menutup laluan keluar ke Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama lain.



Menurut laporan, individu yang telah pulang ke kampung yang ingin pulang semula ke Kuala Lumpur perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari balai polis di kawasan kampung masing-masing, bagi membolehkan mereka pulang ke kediaman asal masing-masing.



Apa yang dikhuatiri, pihak polis akan mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 atau tahanan reman kepada individu yang telah merentas negeri ini. Apakah kesan jika penjawat awam dihadapkan ke mahkamah akibat melanggar PKPB?

Di bawah seksyen 33, 34 dan 36 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993, penjawat awam boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat jika dituduh dan disabitkan kesalahan di mahkamah.



Perkhidmatannya juga boleh ditamatkan demi kepentingan awam, menurut seksyen 33(c) Akta yang sama.

Seksyen 38 juga memperuntukkan bahawa, selain dari hukuman buang kerja, kerajaan juga boleh membatalkan emolumen penjawat awam, selain dari menurunkan gaji dan menangguh gaji penjawat awam.

  

Adakah penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib akibat dari rentas negeri?

Ya. Ini kerana pergerakan melarang pergerakan rentas negeri (dahulunya larangan pergerakan melebihi 10km) telah digazet oleh kerajaan dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Bagi penjawat awam yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan, berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana anda juga boleh dikenakan tindakan jika memberi komen terhadap dasar kerajaan di bawah seksyen 19 Akta yang sama.

Sebarang komen sama ada lisan atau bertulis di mana-mana medium media sosial adalah dilarang sama sekali. Oleh itu, berhati-hati dalam berkomen ya!

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors