‘No returns’, ‘No refunds’, adakah ini dibenarkan?



No refund policy’ atau polisi tiada pemulangan bayaran dan ‘goods sold are not returnable’ atau barang yang sudah dijual tidak boleh dipulangkan ini biasa kita lihat apabila berurusan dengan kedai untuk barang-barang asas peruncitan dan lain-lain.

Jika anda sudah membeli sesuatu barang, dan jika berlaku kerosakan pada barang tersebut, anda hanya dibenarkan untuk menukar sahaja tanpa dibolehkan mendapatkan semula bayaran asal. Namun adakah ini dibenarkan di bawah undang-undang?

Hakikatnya, undang-undang MELARANGNo refund policy’ dan ‘goods sold are not returnable’ ini. Ini kerana ia telah menutup opsyen kepada pengguna dari menggunakan hak mereka secara bebas.

Di bawah seksyen 46 Akta Perlindungan Pengguna (“APP”), undang-undang memberi pilihan kepada pengguna untuk sama ada menuntut bayaran balik atau mendapatkan barang gantian kepada barang yang rosak tersebut.

Pilihan pengguna untuk mendapat bayaran balik atau gantian

46. (1) Jika pengguna menggunakan hak untuk menolak barang yang diberikan di bawah Akta ini, pengguna boleh memilih untuk mendapat —

(a) bayaran balik apa-apa wang yang dibayar atau apa-apa balasan lain yang diberikan oleh pengguna berkenaan dengan barang yang ditolak itu; atau

(b) barang yang sama jenisnya dan serupa nilainya untuk menggantikan barang yang ditolak itu jika barang itu boleh didapati dengan semunasabahnya oleh pembekal sebagai sebahagian daripada stok pembekal,

dan pembekal hendaklah membuat peruntukan yang sewajarnya.

Ini bermakna, penjual tidak boleh sewenang-wenangnya menampal no refund policy dan goods sold are not returnable ini kepada pengguna untuk menakutkan pengguna dari menggunakan hak mereka.

Bagaimana jika nilai barang tersebut sudah jatuh akibat dari kematangan masa atau kerosakan kepadanya?

Undang-undang membenarkan anda untuk menuntut kerugian kejatuhan nilai ini terhadap penjual. Seksyen 41(2) APP menyatakan;

“Sebagai tambahan kepada remedi di bawah subseksyen (1), pengguna boleh mendapatkan ganti rugi daripada pembekal bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh pengguna, selain kerugian atau kerosakan oleh sebab penurunan nilai barang itu yang terbukti sebagai hasil atau akibat daripada kegagalan itu.”

Oleh yang demikian adalah jelas bahawa pengguna dilindungi sepenuhnya dari kerugian sebegini.

Pihak penjual tidak boleh sewenang-wenangnya menafikan hak pengguna untuk mendapatkan refund atau ganti rugi akibat susut nilai barang tersebut.

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors