Kedai berhak tetapkan syarat pakai face mask

Apabila kerajaan melaksanakan PKP dan PKPB, penggunaan topeng muka telah digunakan dengan meluas sekali. Maka sesetengah kedai telah mewajibkan pengunjung mereka memakai topeng muka sebelum memasuki premis.



Walaupun Kementerian Kesihatan telah menjelaskan topeng muka tidak wajib dipakai namun digalakkan, sesetengah premis tetap mewajibkan pemakaian topeng muka ini.

Persoalan timbul sama ada kedai berhak tidak membenarkan pelanggan yang tidak memakai topeng muka masuk ke dalam premis mereka. Adakah ini dibenarkan?

Pertama sekali, harus diingati bahawa pemilik premis berhak untuk menetapkan syarat kepada pelawat mereka jika ia adalah hak milik persendirian. Ini kerana pemilik premis adalah salah seorang ‘occupier’ atau penghuni.


Di dalam kes SHANTA A/P MANICKAM v TEIK JOO CHAN SDN BHD [2015], mahkamah mengambil dahuluan kes dan menyatakan bahawa;

“There is no doubt that a person who fulfils that test is an ‘occupier’. He is the person who says ‘come in’,”

Sekiranya seseorang occupier boleh mengatakan sila masuk, maka ini bermakna dia mempunyai kawalan terhadap premis tersebut.

Sekiranya terjadi apa-apa kejadian yang tidak diingini di dalam premisnya, dia perlu mengambil tanggungjawab. Maka dia berhak menetapkan syarat bagi tujuan keselamatan walaupun ia tidak diwajibkan oleh pihak kerajaan.

Di dalam kes popular OOI KEAN THONG v PUBLIC PROSECUTOR [2006], mahkamah memutuskan bahawa DBKL berhak membuat syarat kepada sesiapa yang ingin memasuki taman awamnya dan sekiranya seseorang itu tidak mahu mengikuti syarat tersebut, dia tidak perlu masuk ke dalam taman itu.

“Surely, as the keeper of its public parks, DBKL is entitled to lay down the rules to regulate their uses and more so in this case where the Act provides such power to DBKL. Hence, if a person does not wish to be subject to such regulations, as for instance, not to behave in disorderly manner, he or she is not obliged to enter any of the public parks to do what he or she wants to do.”

Oleh yang demikian, jika badan berkanun seperti DBKL pun berhak membuat syaratnya sendiri mengikut undang-undang, pemilik sesebuah harta persendirian juga berhak mengenakan syarat selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang.

Mungkin pemilik boleh menjual topeng muka di luar premis sebagai alternatif kepada pelanggan yang terlupa untuk membawa topeng muka masing-masing. Harap ini dapat menjawab persoalan pembaca kami berkenaan hak kedai dalam mengenakan syarat topeng muka kepada pelanggan!

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors