Cara tolak barang yang rosak ikut prosedur undang-undang

Bayangkan jika anda dah beli sesuatu barang yang agak mahal, namun ia tidak berfungsi dengan sempurna. Anda cuba hubungi pihak penjual, namun pihak penjual memberikan pelbagai alasan.



Akhirnya setelah beberapa lama menanti, anda menyaman pihak penjual. Di mahkamah, penjual pusing cerita, katanya anda pula yang berdiam diri dan tidak pernah memulangkan semula barangan tersebut.

Di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999, ini yang anda perlu tahu hak anda apabila berhadapan dengan situasi seperti ini.



Seksyen 45 Akta PP 1999 memperuntukkan cara untuk memulangkan semula barangan yang rosak. Satu notis perlu diberikan kepada pihak penjual.

“Pengguna hendaklah menggunakan hak yang diberikan di bawah Akta ini untuk menolak barang dengan cara memberitahu pembekal tentang keputusan untuk menolak barang itu dan tentang alasan atau alasan-alasan bagi penolakan itu.”

Sekiranya barang tersebut besar atau berat, serta anda tidak mampu untuk menghantar semula kepada penjual, anda berhak meminta penjual untuk mengambilnya sendiri di rumah anda, tanpa sebarang kos kepada anda.

Ini dinyatakan dalam seksyen 45(2)(a).

Di dalam kes Zamri bin Ibrahim v. Lee Motors Auto Care Sdn Bhd [2018], mahkamah mendapati pihak pembeli mempunyai hak untuk memulangkan semula barangan yang tidak berfungsi dan mendapatkan bayaran penuh daripada pihak penjual, walaupun pengguna telah menggunakan barangan tersebut.

Esok kami ceritakan apa yang berlaku dalam kes itu, ya!

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors