Apa yang perlu anda lakukan jika terima saman

1. Semak Nombor Kes di laman web e-kehakiman



Anda boleh ke laman web https://efs.kehakiman.gov.my/EFSWeb/ dan pilih lokasi mahkamah, atau masukkan nombor kes bagi menyemak status terkini kes anda. Perjalanan kes mengikut tarikh akan dipaparkan di laman tersebut jika anda memasukkan nombor kes dengan betul.

2. Lakukan rundingan



Sekiranya anda menerima Notis Tuntutan, anda boleh menghubungi peguam yang mewakili pihak lawan tersebut dan berunding untuk mencapai terma yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Jika ia merupakan suatu hutang, mungkin anda boleh memohon untuk membayar secara ansuran.

3. Masukkan kehadiran dalam tempoh 14 hari

Apabila anda menerima Writ Saman, anda hanya mempunyai 14 hari untuk memasukkan kehadiran. Kehadiran di sini bukan hadir ke mahkamah semata-mata, tetapi dengan memfailkan Memorandum Kehadiran di mahkamah terbabit. Anda boleh pergi ke mahkamah tempat di mana anda disaman itu dan mohon bantuan staff mahkamah untuk mendapatkan borang memasukkan kehadiran.

Selepas anda memasukkan kehadiran, anda mempunyai 14 hari pula untuk memfailkan pembelaan. Anda boleh menaip pembelaan anda sendiri. Jika tidak pasti, dapatkan khidmat peguam untuk membantu anda.

Kos pemfailan memorandum kehadiran dan pembelaan di mahkamah rendah cuma RM8 sahaja. Manakala untuk mahkamah tinggi, RM16 sahaja.

4. Dapatkan khidmat peguam



Jika anda tidak yakin untuk mewakili diri anda secara personal, anda boleh dapatkan khidmat peguam untuk mewakili anda di mahkamah. Ini kerana terdapat isu-isu teknikal yang mungkin hanya diketahui oleh pengamal undang-undang sahaja. Jika anda tidak mematuhi perkara-perkara teknikal ini, ia akan menjejaskan peluang anda dalam mahkamah kelak. 

Untuk mendapatkan khidmat peguam, anda boleh menyemak laman web Badan Peguam Malaysia atau untuk mudah, join group Peguam & Pengguna Malaysia (PPM) di Facebook dan nyatakan lokasi anda serta apakah jenis masalah yang anda hadapi. Click https://www.facebook.com/groups/332053270624408/

5. Jangan sesekali abaikan Writ Saman

Ramai yang menganggap ia cumalah sekeping kertas biasa. Tidak benar. Mungkin Notis Tuntutan merupakan kertas yang biasa, namun bukan Writ Saman. Ia mempunyai garis masa yang perlu dipatuhi dan jika anda gagal patuhi, penghakiman akan dijatuhkan ke atas anda walaupun anda tidak hadir ke mahkamah!

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors