Anda boleh saman syarikat kurier jika barang lewat sampai

Ramai yang kecewa kerana tidak dapat parcel masing-masing dalam tempoh ini, lebih-lebih lagi apabila barang yang dipesan tersebut merupakan barangan penting bagi tujuan perayaan Aidilfitri.



Ada barang yang tersangkut di pusat pengumpulan barang sehingga 2 minggu lamanya tanpa alasan munasabah dari pihak syarikat kurier.



Yang paling menyedihkan jika barang yang dipesan itu adalah baju raya, wah siapa yang tak marahkan? Sudah tentu kita memerlukan baju raya untuk ber ‘OOTD’ walaupun dalam tempoh PKPB.

Jadi apakah yang boleh dilakukan oleh pengguna? Di bawah seksyen 16 Akta Perlindungan Pengguna 1999 (“APP”), pihak syarikat kurier yang lewat menghantar barang tanpa alasan munasabah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan undang-undang.

Seksyen 16(c) menyatakan seperti berikut;

“Tiada seorang pun boleh menuntut atau menyetujui terima, apa-apa bayaran atau balasan lain bagi barang atau perkhidmatan, jika pada masa tuntutan atau penyetujuterimaan itu orang itu -

(c) tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dia dapat membekalkan barang atau perkhidmatan itu dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan, atau jika tiada tempoh dinyatakan, dalam masa yang munasabah.”

Syarikat kurier atau penghantaran ini boleh diheret ke Tribunal Pengguna jika gagal untuk mempastikan barang yang dipesan diserahkan dalam masa munasabah.



Lebih parah lagi, syarikat penghantaran berdepan dengan tuntutan lebih berat seperti gangguan emosi dan kemurungan serta masalah-masalah lain yang timbul di pihak pengguna akibat daripada kelewatan penghantaran barang tersebut.

Boleh jadi, barang itu amat penting dan kelewatan menyerahkannya boleh mengakibatkan masalah lain yang lebih serius.

Ini boleh terjumlah kepada pampasan ganti rugi yang lebih besar jika pengguna dapat membuktikannya di mahkamah.

Masa sebagai intipati kontrak, bermakna dalam mana-mana kontrak, masa perlaksanaan atau penyempurnaan kontrak dianggap penting dan perlu diutamakan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak. Jika masa tidak dipatuhi, ia boleh menjadi isu besar sehingga menjadi alasan untuk kontrak tersebut dibatalkan. 

 

Di dalam kes DAMANSARA REALTY BHD v BUNGSAR HILL HOLDINGS SDN BHD [2011] mahkamah menyatakan bahawa;

“Sama ada masa dijadikan sebagai intipati bergantung kepada tindakan dan perbincangan-perbincangan pihak-pihak. Tidak terdapat keperluan dari segi undang-undang bahawa klausa menyatakan masa sebagai intipati dinyatakan dalam mana-mana kontrak...”

Sebagai contoh, baju raya amat penting untuk diserahkan sebelum Hari Raya Aidilfitri. Oleh yang demikian, ia jelas tanpa disebut bahawa masa penghantaran adalah penting di sini.

Harap semua di sini telah terima barang mereka dalam tempoh yang dinyatakan ya!

Comments

Post a Comment

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors