Siapa AG? CJ? DPP? Kami huraikan satu demi satu




Masih ramai yang keliru tentang kedudukan dan peranan ikon undang-undang dan kehakiman di negara kita. Kali ini kami nak huraikan dengan bahasa mudah, tiada seksyen, tiada akta untuk memudahkan pemahaman orang awam.

1. Ketua Hakim Negara



Okay kita start dengan Ketua Hakim Negara dulu atau biasa orang panggil CJ (Chief Justice). CJ adalah bos segala bos bagi semua hakim di Malaysia. Beliau dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas saranan dan cadangan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan nasihat Perdana Menteri. ‘Timbalan’ CJ adalah Presiden Mahkamah Rayuan (PMR) iaitu orang No.2 selepas CJ dan diikuti oleh Hakim Besar Malaya (CJM) dan Hakim Besar Sabah & Sarawak (CJSS).

2. Peguam Negara



Ramai yang keliru, siapa ketua undang-undang Malaysia? CJ? Menteri? Peguam Negara (AG)? Okay, AG ni adalah bos bagi semua pegawai undang-undang di dalam kerajaan Malaysia. Beliau adalah penasihat utama undang-undang kepada kerajaan. Bos dia bukan CJ. Jangan keliru. AG memimpin jabatannya sendiri manakala CJ mempunyai bidangkuasa berbeza. Tiada kaitan di situ.

3. Menteri Undang-Undang



Menteri lebih kepada penyelaras, dan pembuat dasar di Parlimen. Menteri kena jaga kepentingan semua pihak dalam bidang undang-undang, termasuklah AG, CJ dan semua peguam di Malaysia. Menteri bertindak sebagai bridging antara orang awam (Parlimen) dengan Badan Kehakiman.

4. Pengerusi Badan Peguam (Bar)



Beliau adalah peguam biasa tetapi dipilih menjadi Pengerusi oleh seluruh peguam di Malaysia (bukan kerajaan) melalui pemilihan yang diadakan setiap 2 tahun. Beliau bertanggungjawab menjaga kebajikan semua peguam di Semenanjung Malaysia (bukan kerajaan).

Ada dua lagi Pengerusi Bar iaitu Pengerusi Bar Sarawak & Pengerusi Persatuan Undang-Undang Sabah. Tugas mereka adalah sama, mewakili suara peguam bukan kerajaan dan menjaga kebajikan mereka di seluruh Malaysia.

5. Timbalan Pendakwa Raya/Peguam Persekutuan

Perasan tak kami gunakan terma bukan kerajaan di atas? Sebab kami nak bezakan dengan peguam kerajaan iaitu Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa Raya (DPP). Mereka adalah pegawai undang-undang di bawah AG yang mewakili kerajaan sahaja. Ada masa tertentu mereka diberi kuasa untuk mewakili orang awam tetapi melalui jabatan khas seperti Jabatan Bantuan Guaman (JBG).



6. Pendaftar/Timbalan Pendaftar/Majistret/Penolong Kanan Pendaftar

Mereka adalah pegawai kehakiman di bawah Ketua Pendaftar. Ketua Pendaftar reports to CJ. Perlu bezakan antara terma pegawai undang-undang (bawah AG) dan pegawai kehakiman. Mereka menjalankan tugas-tugas kehakiman di mahkamah rendah serta menjadi pegawai kepada CJ dan hakim-hakim.

7. Hakim Mahkamah Sesyen/Mahkamah Tinggi



Istilah Hakim hanya digunakan kepada hakim mahkamah sesyen dan ke atas sahaja. Untuk mahkamah majistret, kita tidak panggilnya sebagai hakim tetapi tuan/puan majistret.

Hakim Mahkamah Tinggi dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Hakim-hakim yang dilantik boleh datang dari kalangan pegawai undang-undang, Hakim Mahkamah Sesyen atau juga dari kalangan peguam.

Harap perkongsian kali ini dapat menjelaskan kekeliruan berkenaan peranan dan tugas individu-individu penting di atas. Selamat berbuka puasa!

Comments

  1. Pegawai kehakiman (timbalan pendaftar, hakim mahkamah sesyen, penolong kanan pendafrat, majistret) bukan bawah CJ.

    Mereka di bawah CR (Ketua Pendaftar).

    CJ ketua bagi hakim2 'lantikan khas' suruhanjaya perkhidmatan kehakiman dan perundangan iaitu Yang Arif - Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Persekutuan.

    Berkenaan pegawai kehakiman di bawah CR dan pegawai perundangan di bawah AG, pegawai-pegawai ini tertakluk kepada dasar semasa kedua2 jabatan ini dan boleh ditukarkan (cross-over) antara kedua-dua jabatan utk kemajuan kerjaya.

    Ini merupakan kelebihan kepada pegawai kehakiman dan perundangan yg tidak diperolehi oleh peguam/pengamal undang-undang swasta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la apa admin kata..cuba baca betul2. Mereka adalah pegawai kehakiman dibawah ketua pendaftar... Serta menjadi pegawai kepada CJ dan hakim hakim

      Delete

Post a Comment

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors