PKP sambung atau tidak: rakyat Malaysia berbelah bahagi


Dalam tempoh 48 jam, kerajaan akan memutuskan sama ada tempoh PKP akan dilanjutkan atau tidak. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noorhisham Abdullah berkata, KKM akan memberikan beberapa pilihan kepada kerajaan untuk dinilai sebelum membuat keputusan sama ada PKP perlu dilanjutkan atau tidak.

Jika kerajaan membuat keputusan untuk menamatkan PKP, sudah tentu akan ada beberapa langkah yang perlu dipatuhi oleh organisasi dan setiap lapisan masyarakat demi mengelakkan dari wabak ini terus berjangkit.

KKM memberi indikasi yang baik setakat ini dengan jumlah kes baharu yang diterima setiap hari berada pada tahap di bawah kawalan kementerian berkenaan.

Tinjauan kami mendapati rakyat Malaysia berbelah bahagi dalam menentukan sama ada PKP wajar diteruskan atau tidak. Ada yang berpendapat keadaan ekonomi akan lebih teruk jika PKP diteruskan.

M Arif Mohamad berkata, PKP tidak perlu dilanjutkan dan cukup sekadar penjarakkan sosial sahaja. Ini kerana menurutnya masalah ekonomi akan lebih parah jika tempoh PKP ini dilanjutkan.

Lim BKeow pula berpendapat PKP mungkin akan diteruskan namun ini akan memberi impak kepada peniaga kecil-kecilan dan pekerja yang bergantung kepada gaji harian.

Amirrul Salehin pula berpendapat PKP wajar diteruskan, jika tidak usaha selama 28 hari PKP yang sedang dilakukan ini akan menjadi sia-sia.

Rata-rata berpendapat jika arahan duduk rumah pun sukar dilakukan oleh rakyat Malaysia, apatah lagi penjarakkan sosial. Maka, tiada cara lain melainkan PKP diteruskan sehingga rangkaian wabak ini dapat diputuskan sepenuhnya.

Apakah pendapat anda? adakah PKP wajar dilanjutkan atau tidak?

Comments

  1. Saya setuju PKP dilanjutkan kerana agak sukar u laksanakan penjarakan sosial dan ini akan menyebabkan wabak ini akan menular kembali..bersabar dan bertahan seketika u masa depan yang lebih panjang.

    ReplyDelete
  2. Setuju sekiranya situasi pada masa ini masih belum berupaya untuk memutuskan penyebaran wabak covid19 ini.

    ReplyDelete
  3. 3ply Disposable Face Mask ‼️
    Face Mask.
    We have CE certificate ✅ Please do not hesitate to contact us for more info.

    ReplyDelete

Post a Comment

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors