Mengapa Sweden tidak percaya kepada ‘Lockdown’



Tatkala majoriti negara di seluruh dunia melaksanakan perintah kawalan pergerakan dan lockdown, Sweden mengambil pendekatan yang berbeza.

Ia sungguh berbeza sehingga menimbulkan perdebatan di antara saintis seluruh dunia - sama ada Sweden berada di jalan yang betul.

Sweden tidak menutup sekolah malah mengkehendaki ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

Restoran, pejabat dan semua sektor kerajaan dan swasta dibuka dan beroperasi seperti biasa. Rakyat Sweden tidak dihalang untuk keluar dan bersama rakan-rakan, cuma perlu mengamalkan social distancing.





Langkah Sweden ini didorong oleh faktor politik, undang-undang dan kesihatan, di mana idea menongkah arus ini diilhamkan oleh Dr. Anders Tegnell, saintis berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan.



Tegnell merupakan Epidemiologist Negara yang memimpin pasukan perubatan negara tersebut dalam memerangi virus Covid-19.

Tegnell menjelaskan, ‘lockdown’ adalah mustahil untuk dilaksanakan di Sweden atas kekangan undang-undang, di mana jabatan kesihatan daerah dan negeri bebas membuat keputusan masing-masing.

Namun itu bukanlah alasan utama mengapa ia tidak dilaksanakan, tetapi teori ‘herd immunity’ oleh Tegnell yang percaya semakin ramai yang sembuh dari Covid-19 semakin tinggi peluang untuk membina komuniti yang ‘kebal’ dari virus ini di masa hadapan.



Menyifatkan strategi Tegnell sebagai berisiko, kebanyakan saintis tidak menggunapakai teori ini tetapi mereka tidak menolaknya secara mentah-mentah; rata-rata saintis masih mengambil pendirian ‘tunggu dan lihat’ jika taktik Tegnell ini terbukti berkesan dalam beberapa bulan akan datang.

Sejak taktik Tegnell ini dilaksanakan, Sweden telah mencatat lebih 15,000 kes positif Covid-19, dan lebih 2,000 kematian.

Namun, sejak beberapa hari lalu, jumlah pertambahan kes kematian harian di Sweden turun dengan mendadak - mencuri perhatian saintis seluruh dunia yang kini tertumpu kepada Sweden dan tidak sabar untuk melihat keberkesanan taktik Tegnell ini.



Tegnell berkata beliau cukup yakin dengan strategi yang dirancangnya dan meminta dunia untuk bersabar dan terus memberikan perhatian kepada statistik di Sweden.

Menurut Tegnell, lockdown atau tidak; ia tidak memberikan kesan yang ketara kepada jumlah kenaikan kes. Oleh yang demikian beliau berpendapat tidak perlu lockdown kerana ia akan lebih menjejaskan ekonomi.



Tegnell juga mendakwa setakat ini, 15%-20% rakyat Stockholm sudah memperoleh ‘herd immunity’.

Walaubagaimanapun beliau mengakui tidak semua orang mampu mendapat imuniti ini dan ada yang sudah sembuh dari Covid masih terdedah untuk mendapat jangkitan ini untuk kali kedua.

“Social distancing adalah kunci kepada kejayaan ini dan kami percaya rakyat Sweden adalah berdisiplin dan boleh dipercayai untuk melaksanakan perintah ini” jelasnya lagi.

Tindakan kerajaan Sweden ini mendapat sokongan padu dari rakyatnya.

Sumber:-



Comments

Post a Comment

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors