Trademark ‘BOSSKU’ dan ‘BO55KU HS’ milik Hafizh Syahrin?


Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin dikatakan telah memohon untuk mendapatkan hak cap dagang atau trademark bagi ‘BOSSKU’ dan ‘BO55KU HS’.

Nombor 55 mewakili nombor jentera MotoGP beliau.

Semakan di MyIPO yang kami perolehi dari seorang pembaca mendedahkan, Hafizh telah memohon trademark bagi ‘BOSSKU’ pada 30/08/2018.



Permohonan ‘BO55KU HS’ juga difailkan pada hari yang sama. Nama panggilan bossku dikatakan sudah lama digunakan di Sabah dan hanya baru-baru ini dipopularkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib.



Sumber itu juga mendedahkan bahawa, permohonan Hafizh masih di peringkat awal iaitu TM5.

“Proses awal - Permohonan Baru (TM5). Yuran RM370. No permohonan akan diberikan. Dlm proses awal ni, pemohon boleh terus menggunakan logo ™️ pada setiap design/ayat.”


“Durasi masa bg TM5, mengambil masa tidak kurang dari 6 bulan untuk dapatkan pengesahan pegawai pemeriksa cap dagangan.”

“Biasanya, pemeriksaan setiap cap dagang sgt² teliti. Meliputi uniknya logo, sebutan yg tdk bertindih dgn sebutan cap dagang sedia ada, kelas produk (ada beberapa pecahan kelas), font dan bahasa yg digunakan.”

“Jika semua pemeriksaan diatas menepati piawaian. Tidak bertindih dengan cap dagang sedia ada...pemohon tadi akan dapat surat untuk proses seterusnya - TM31.”

“TETAPI, jika ada pegawai yang tidak berpuas hati dgn pemeriksaan tersebut. Pemohon akan menerima SURAT BANTAHAN CD70. Jika pemohon menerima surat CD70, pemohon dikehendaki menjawab surat 'rayuan' tersebut dalam tempoh 2 BULAN dari penerimaan CD70. Dalam surat rayuan, pemohon dikehendaki nyatakan sebab untuk pertahankan cap dagang yang dipohon.”

“Jika lewat dalam menjawab surat demikian. RM180 akan dikenakan bagi bukaan kes.”

“Jika tiada bantahan, TM5 akan diluluskan dan pemohon akan menerima surat TM31 - Proses menggazetkan trademark tersebut.”

Sumber tersebut turut mendedahkan MyIPO, sebuah badan pendaftaran harta intelek Malaysia menerima lebih 100 permohonan untuk hak dagangan ‘bossku’ dalam masa sehari!

Jika hak trademark yang dipohon tiada keunikan tersendiri dan merupakan kata atau perkataan am kegunaan harian sebagai contoh, peluang untuk diluluskan di peringkat TM31 adalah 50-50, jelasnya lagi.

Comments

  1. Bossku tradmark Orang Sabah... tak malu ka nk pakai trandmark org sabahan.. palui

    ReplyDelete
  2. Permohonan belum Di lulus kan lagi Kau merepik apa buat blog menipu ni??

    ReplyDelete

Post a comment

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Follow us on Twitter

Follow us on Instagram

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors