Kenapa perlu isytihar duit di airport?



KENA ISYTIHAR DUIT DI LAPANGAN TERBANG?

Pengisytiharan matawang semasa masuk dan keluar negara hendaklah dibuat bagi memenuhi keperluan Akta Pengubahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 AMLATFA).

Pengembara/penumpang yang masuk atau berlepas dari Malaysia dengan membawa wang tunai atau wang dalam bentuk travellers cheque, bankers draft, bearer cheque, bills of exchange, promissory notes, postal order atau money order yang melebihi jumlah bersamaan dengan USD10,000.00 dikehendaki membuat pengikraran dalam borang Kastam No. 22.

Di bawah  Seksyen 24 dan 25 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 dan Seksyen 23 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) semua pengembara atau penumpang hendaklah mengisytihar mata wang yang ada pada diri tertakluk kepada had yang ditetapkan, di dalam bagasi-bagasi yang dibawa atau kenderaan kepada Pegawai Kastam yang bertugas.

Pegawai Kastam boleh menahan, menyoal dan memeriksa mana-mana orang serta menahan dan menyita sebarang mata wang tunai yang disyaki tidak diisytiharkan, diisytiharkan dengan palsu atau terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan atau jenayah lain.

Kegagalan untuk membuat pengisytiharan matawang di bawah Akta Kawalan Mata Wang 1953 ( Exchange Control Act 1953 ) atau membuat pengisytiharan palsu adalah satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu juta) dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Wang tunai dan instrumen pembawa boleh niaga yang berkenaan boleh disita dan dilucuthak.

Pengisytiharaan wang adalah penting untuk membantu kerajaan mengesan pergerakan aliran wang yang keluar dan masuk ke dalam negara.

Like & follow Facebook JUMPA KAT MAHKAMAH

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors