SPR masih sah & boleh beroperasi walaupun hanya tinggal seorang Pengerusi sahaja, kata peguam

Tindakan2 SPR masih sah menurut Perlembagaan Persekutuan.

Baru2 ini timbul isu bahawa SPR telah melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana hanya tinggal Pengerusi sahaja dalam Suruhanjaya tersebut.

Walaubagaimanapun peguam Ruzaini Zulkifli berpendapat, anggapan tersebut adalah kurang tepat.

“Premis hujahan ini adalah bahawa menurut Perkara 114(1), SPR hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 ahli yang lain.”

“Justeru, oleh kerana Perkara 114(1) menggunakan perkataan “hendaklah”, maka kononnya apabila SPR tidak cukup keahliannya, maka SPR yang ada sekarang tidak sah.”

Beliau berkata perlembagaan mesti dibaca secara keseluruhan termasuklah seksyen 33C dalam jadual ke-11.

“Hujahan ini gagal mengambil kira seksyen 33C, Jadual ke-11 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa mana2 Suruhanjaya yang ditubuhkan melalui undang-undang bertulis, kuasa dan perjalanan Suruhanjaya tersebut tidak terjejas dek, antaranya, kekosongan jawatan dalam Suruhanjaya tersebut.”

Beliau berkata undang-undang bertulis mencakupi Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tubuh Negeri.

“Perkara 160(2) mentakrifkan undang2 bertulis termasuklah Perlembagaan Persekutuan dan Undang2 Tubuh Negeri.”

“SPR ditubuhkan melalui Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan, yang mana adalah satu undang-undang bertulis. Justeru, seksyen 33C Jadual ke-11 terpakai kepada SPR, dan bukan hanya terhad kepada badan-badan yang ditubuhkan oleh Akta Parlimen.”

Oleh yang demikian, kekosongan jawatan dalam SPR tidak menjejaskan fungsinya dan kesahannya menurut undang-undang.

“Dalam konteks seksyen 33C terpakai kepada SPR, maka kekosongan jawatan dalam SPR tidak menjejaskan dan/atau membuatkan SPR melanggar Perlembagaan.”


Maka tidak timbul isu status PRK Port Dickson atau PRK Cameron Highlands sebagai tidak sah, menurutnya.

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors