Peguam KFA sudah bersedia; KFA dapat sokongan negeri lain heret JDT ke FIFA


Kedah FA (KFA) semalam sekali lagi mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan tetap mengheret kes Akyar Rashid dan JDT ke badan induk bola sepak dunia FIFA dan Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) di Switzerland.

Setiausaha Kehormat KFA berkata para peguam persatuan itu sudah bersedia untuk berhujah kes mereka di hadapan Mahkamah Timbangtara Sukan. Mengakui ia mungkin akan menelan kos guaman dan perbelanjaan yang agak tinggi, KFA memaklumkan bahawa ia bersedia melancarkan tabung khas untuk mengutip derma bagi mengumpul dana untuk membawa kes ini ke muka pengadilan.

Tinjauan JUMPA KAT MAHKAMAH mendapati rata-rata netizen menyokong usaha KFA untuk membawa kes ini ke mahkamah.

Penyokong Pahang Adros Shah dalam satu komen di Facebook berkata;

"Saya sedia beri sumbangan dan kami penyokong Pahang bersama Kedah. Ajar sikit kelab yang kononnya kaya."

KFA turut menerima sokongan dari pantai timur apabila seorang komentar bernama Asru Suhaimi Sulaiman menulis;

"Jika betul ada tabung yang diwujudkan, saya dari pantai timur akan turut sumbangkan. InsyaAllah."

Adzman Kamaruddin pula berpendapat isu ini telah menyatukan rakyat Malaysia;

"Rakyat Malaysia bersatu dalam isu ini. Tak perlu pun Menteri Perpaduan."

Supachai Kelate juga menyokong tindakan KFA;

"Saya dari Kelantan sedia memberi sumbangan asalkan KFA betul-betul mahu bawa kes ini ke mahkamah, tolong KFA jangan berlembut dan jangan bagi muka, ini pengajaran untuk team belah sana, ayuh kawan kita sokong KFA!"

Simon Templer dari Selangor turut berkongsi pandangan yang sama;

"Setuju. Kalau setakat level FAM memang tak jadi apa la. Saya warga Selangor juga ingin menderma dalam tabung tersebut. Tolong war-warkan no akaun derma tersebut."

Daniel Yong dari Perak pula berkata "Perak dibelakang Kedah. Sedia menyumbang." Muhamad Nur Hafiz yang juga berasal dari Perak menyatakan pendapat yang sama. "Saya orang Perak sokong Kedah."

Pemilik JDT, Tunku Ismail dalam laman Facebook Johor Southern Tigers membuat kenyataan balas berkata JDT tidak gentar dan sedia berjumpa dengan KFA di Mahkamah.

KFA dalam satu kenyataan berkata, peguamnya telah mengkaji kes ini dan berpendapat mereka mempunyai asas dan bukti yang kukuh untuk membawa kes ini ke muka pengadilan.

Comments

  1. Elok sangat jika KFA ambil tindakan mahkamah,agar tindakan tak profesional sebegini tidak dimanipulasi oleh kelab2 kaya di kemudian hari....bukan bertujuan ingin menidakkan hasrat pasukan JDT mendapatkan khidmat pemain terbaik untuk pasukan mereka,tetapi setiap tindakan mestilah tidak membelakangkan nilai moral dan semangat kesukanan yang tinggi agar badan induk dan sukan bolasepak di negara ini lebih dihormati oleh masyarakat dunia yang lain.....

    ReplyDelete
  2. Boooooooooooo....kakakakaka....sukati ko la baii...team tabung milo

    ReplyDelete

Post a Comment

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors