KFA nampak serius, mungkin ada bukti yang kita tidak tahu, kata peguam


Usaha KFA untuk lapor JDT & Akhyar kepada FIFA tidak boleh dipandang mudah. Ini kerana menurut peguam Mohamad Siddiq Azani, KFA sudah tentu sudah mendapat nasihat perundangan yang mencukupi daripada pasukan guaman mereka.

“Isu ini bukan sahaja perlu dilihat dari aspek teknikal tetapi juga dari segi fakta. Kita tidak tahu apa bukti yang KFA ada. Mereka nampak begitu yakin.” kata Siddiq ketika diminta mengulas tindakan KFA yang tetap mahu membawa kes ini kepada FIFA dan CAS.

“Jika perkara ini diadu kepada FIFA, ia akan dibicarakan oleh Dispute Resolution Chamber (DRC) FIFA di Switzerland. KFA mempunyai had masa selama 2 tahun untuk membawa kes ini kepada FIFA.”

Apabila ditanya berkenaan dengan tabung derma yang ingin dimulakan oleh KFA, beliau akui ia perlu memandangkan kos guaman dan perbelanjaan yang agak tinggi.

“Ya, mungkin KFA perlu mendapatkan dana kerana kos guaman bukan murah, malah tempoh perbicaraan juga tidak dapat ditentukan lagi, bergantung kepada jumlah saksi dan sebagainya. Tambahan pula kes ini di luar negara.” katanya.

Menyentuh soal saksi, Siddiq berkata isu yang dibangkitkan oleh KFA ini tidak hanya terjurus kepada persoalan undang-undang sahaja tetapi juga persoalan fakta.

“Mungkin KFA mempunyai bukti yang kuat dalam dakwaannya berkenaan ‘tapping up’ player seperti didakwanya. Mungkin juga KFA sudah menyiapkan saksi-saksi utama dalam menyokong kesnya. Kita tidak tahu.”

Bekas ejen kepada Akhyar Rashid, Wan Mohd Anwari sebelum ini memberitahu Sukan Sinar bahawa Akhyar menggunakan ‘jalan belakang’ dalam mencari pasukan baru tanpa menggunakan ejen yang telah dilantik.


Beliau mengakui walaupun terdapat kelemahan dalam kontrak, namun ia tidak wajar diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang cuba mengaut keuntungan.

“Perlu pindaan kepada kontrak selepas ini. Buat pasukan lain, jadikan pengajaran. Kelemahan seperti ini boleh dimanipulasi. Jika tidak kontrak seperti ini membuka ruang kepada ketidakadilan atau unconscionable conduct.”

“Kontrak yang berasas kepada unconscionable conduct memang boleh dicabar di Mahkamah walaupun ia bukan satu tugas mudah. Namun saya tidak kata ia tidak boleh dilakukan.”

Beliau turut menambah FIFA bukanlah gelanggang terakhir KFA, tetapi persatuan bola sepak itu masih boleh merayu kepada Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) jika keputusan tidak memihak kepada mereka.

“Malah jika keputusan CAS juga tidak memihak kepada KFA, KFA masih boleh merayu lagi ke Mahkamah Agung Persekutuan Switzerland. Itu adalah harapan terakhir mereka untuk menuntut keadilan.”


“Jika dilihat kepada jumlah baki kontrak Akhyar yang cuma bernilai RM210,000, mungkin ada pihak yang melihat ia tidak berbaloi untuk lawan sampai ke Switzerland. Namun perlu ingat, bukan semua orang ke Mahkamah sebab dollar & cent, ada yang hanya mahukan keadilan tanpa menghiraukan kos yang akan ditanggung” tambahnya.

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors