Kenali selebriti terkenal yang mempunyai ijazah/ latar belakang undang-undang

1. Rebel Wilson

Pelakon komedi terkenal Hollywood ini yang popular dengan filem Pitch Perfect ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti New South Wales, Australia. Beliau tidak pernah beramal menjadi seorang peguam dan terus terjun ke bidang lakonan selepas tamat pengajiannya. Sumber di Hollywood menyatakan Wilson menggunakan ilmu undang-undang yang dimiliki beliau untuk berunding kontrak lakonan yang ditawarkan. Terbukti Rebel Wilson antara highest paid actress Hollywood pada tahun 2018!

2. Gerard Butler

Rasanya individu ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Gerard Butler seorang lagi salah seorang selebriti popular Hollywood yang mempunyai ijazah undang-undang! Malah lebih mengejutkan, Gerard sempat menjalani perperiksaan kelayakan untuk menjadi seorang peguam namun beliau berhenti pada saat akhir untuk menceburi bidang lakonan. Gerard Butler hampir bergelar peguam. Beliau menamatkan kursus undang-undang di Universiti Glasgow, Scotland.

Beliau bukan sahaja seorang pelajar yang pintar, tetapi merupakan Presiden Law Society fakulti undang-undang Universiti Glasgow, Scotland. Butler juga dikatakan bakal menceburi bidang politik tidak lama lagi.

3. Julio Iglesias

Bapa kepada penyanyi Enrique Iglesias ini juga mempunyai ijazah undang-undang dari Universiti di Madrid. Julio merupakan seorang penyanyi veteran yang terkenal di Eropah dan Amerika Syarikat, juga menulis kontraknya sendiri tanpa membayar peguam!

4. Jerry O'Connell

Pelakon popular Hollywood yang popular dengan filem Scream ini juga pernah belajar undang-undang di Southwestern Law School, tetapi tidak pernah bergraduasi kerana faktor kemiskinan tidak mampu bayar yuran.

5. Julian McMahon

Pelakon Hollywood yang terkenal dengan watak antagonis ini pernah belajar undang-undang di Sydney University namun tidak melengkapkan kursusnya kerana terjun dalam bidang lakonan. Beliau popular dengan filem Fantastic Four dan RED.

6. Yuna

Artis Malaysia yang kini menempa nama di Amerika Syarikat ini berjaya memperoleh ijazah undang-undang (Bachelor of Legal Studies) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM). Walaupun sudah menceburi bidang nyanyian semasa belajar di universiti, Yuna tekad menamatkan kursusnya dan kini merupakan salah seorang artis terkenal di Amerika Syarikat.

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors