Ini undang-undang yang anda patut ambil tahu sebelum memasuki Thailand & Singapura

Kami bersimpati terhadap nasib Amirul Adib yang kini ditahan di Thailand kerana kesalahan memiliki walkie talkie.

Dua negara ini kerap dikunjungi oleh rakyat kita sebab kemudahan laluan darat. Jadi kami ingin kongsikan di sini apakah undang-undang di Singapura dan Thailand yang membenarkan/ melarang anda.

  1. Singapore haramkan chewing gum. Rasanya ini semua dah tahu. Jangan cuba seludup chewing gum masuk ke Singapore. They hate it. Kesalahan kali pertama sahaja sudah denda RM3,200. Tambah lagi RM1,800 dah boleh pergi umrah.
  2. Jangan buang sampah merata-rata. Ini kerana Singapore mempunyai rangkaian CCTV yang cukup meluas & their CCTV never sleeps.
  3. Jangan merokok di tempat awam. Jika anda rasa larangan merokok oleh kerajaan kita kejam, then well, welcome to Singapore. Sekurang-kurangnya kerajaan masih hadkan larangan kepada 3 meter sahaja. Di Singapore, no such thing as 3 meter.
  4. Jangan lintas jalan tanpa menggunakan jejantas atau zebra crossing atau anda boleh disaman! Ini bukan jalan TAR di mana anda boleh guna the power of hands anda.
  5. Please flush your toilet. Jika anda terkantoi tak flush toilet, anda boleh disaman. Spot check menanti anda di luar pintu tandas.

Thailand:

  1. Walkie talkie. Look, sebenarnya ramai tak tahu bukan Thailand sahaja yang tak benarkan walkie talkie, malah hampir seluruh negara di dunia. Mereka hanya benarkan walkie talkie yang dijual dalam negara mereka sahaja. Reason? Because of security reason. Sebab ini melibatkan frekuensi dan kerajaan khuatir anda mungkin terdengar perbualan yang tak sepatutnya anda dengar. Best is to declare EVERYTHING when u enter a country including Nokia 3310 ok?
  2. RESPECT THE KING OF THAILAND. Respect raja mereka, jangan cakap atau tulis yang bukan-bukan tentang raja mereka. Jika anda terserempak dengan raja mereka, anda perlu tunduk.
  3. Wear your underwear. It is illegal to not wearing underwear in Thailand. Malas admin nak ulas. Pakai je lah pemalas.
  4. Semasa memandu, pastikan anda memakai baju. Jika tidak polis boleh tahan anda.
  5. Jangan pijak duit Thai. For simple reason, muka Raja mereka kat situ.


Kami berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk membawa Adib pulang semula ke pangkuan keluarganya.

Comments

Post a Comment

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors