Rancakkan kontrak pemain bola sepak - peguam


Dunia bola sepak negara riuh sedikit seminggu ini ekoran daripada kontroversi yang melanda Kedah Football Association (KFA) dan pemain mereka Akhyar Rashid yang ingin berpindah pasukan.

Masalah ini timbul kerana terdapat ‘ruang’ dalam kontrak pemain yang perlu diperbaiki. Peguam Zhafri Aminurashid yang juga mahir dalam undang-undang bola sepak berpendapat, masalah ‘tapping up’ pemain tempatan perlu diatasi dengan satu set undang-undang yang baru.

“ “tapping up”, di dalam bahasa bolasepak moden tapping up bermaksud satu usaha bagi memujuk/mendorong seorang pemain yg telah mempunyai kontrak dgn pasukan asal utk menamatkan kontrak secara sendiri dengan bertujuan utk menandatangani kontrak bersama pasukan baru.”

“Ini disebabkan kerana sekiranya pasukan baru hendak membeli secara terus kepada pasukan asal, pasukan asal mempunyai budibicara penuh bagi menetapkan harga jualan / perpindahan pemain tersebut. Memandangkan pasukan baru sedar harga pemain tersebut akan melambung tinggi sekiranya tawaran terus dilakukan kepada pasukan asal. Maka wujudkan masalah tapping up ini.”

Beliau turut berpendapat kontrak pemain sedia ada mendorong kepada masalah ini.

“Kelompangan di dalam kontrak pemain sering memberi ruang kepada berlakunya masalah ini.”

Zhafri turut mencadangkan FAM untuk menggunapakai undang-undang yang telah digunakan di eropah bagi menangani masalah ini.

“Untuk mengatasi masalah tapping up pemain ini. FAM sewajarnya mengaplikasikan peraturan yg sudah lama digunakan di liga utama eropah iaitu dgn mengenakan denda berat berserta larangan perpindahan pemain (Transfer embargo) terhadap individu dan pasukan yg bertanggungjawab melakukan tapping up sama ada secara langsung atau tidak langsung tanpa memperoleh kebenaran bertulis dari pasukan asal.”

“Selagi tiada peruntukkan / Penguatkuasaan itu, kita akan mendengar masalah ini berulang tahun demi tahun yang mana ianya akan hanya menguntungkan pemain dan pasukan baru.”

Beliau turut menyokong klausa tebus kontrak yang baharu diperkenalkan pada tahun lalu sebagai salah satu langkah ke arah menangani masalah ‘tapping up’ pemain ini.

“Tanpa kehadiran klausa tebus kontrak dalam kontrak pemain, pemain boleh menamatkan kontrak dgn membayar baki kontrak kepada pasukan asal. Sbg contoh RM10,000 x 12, so pemain tu perlu bayar kepada pasukan asal 120k shaja utk membolehkan dia jadi free agent. Lantas pasukan baru boleh terus tawar kontrak baru tanpa membuat bayaran 1 sen pun kepada pasukan asal.”

“Sebagai contoh kalau kedah letak klausa tebus kontrak sebanyak rm5juta. Pasukan baru yg nk pemain yg masih berkontrak perlu membayar jumlah itu barulah boleh berbincang dgn pemain utk kontrak bersama pasukan baru. Sama juga kalau pemain itu nk tamatkan kontrak dia sendiri dia tetap kena bayar rm5juta tu.”

Beliau turut menyatakan kontrak yang dimasuki oleh pemain Kedah Akhyar Rashid tidak mengandungi klausa tebus kontrak ini kerana kontrak yang dimasuki beliau adalah lebih awal sebelum klausa ini mula diperkenalkan iaitu pada tahun lalu.

“Oleh itu tiada nilai tebus kontrak untuk Akhyar dan beliau bebas untuk menamatkan kontrak dengan syarat membayar baki kontrak. Selepas itu beliau bebas ke pasukan yang beliau mahu” ujarnya.

Seorang lagi peguam Mohamad Siddiq Azani mencadangkan supaya pasukan negeri diberi sedikit kebebasan untuk meminda kontrak mereka seperti memasukkan klausa ‘restrictive covenants’ yang menghalang pemain berhijrah ke pasukan musuh dan ‘buyout clause’ yang membolehkan pemain dibeli secara automatik jika harga buyout berjaya dipenuhi.

“Mungkin kita boleh ikut anti-Barcelona clause yang menghalang pemain Real Madrid berhijrah ke Barcelona. Ini biasa dilakukan di antara dua pasukan musuh ketat atau rivals. Ini juga membolehkan kekuatan pasukan yang bertanding setara atau seimbang. Jika tidak pasukan yang banyak wang akan membeli semua pemain handal dari pasukan musuh dan simpan mereka dalam ‘peti sejuk’.” ujarnya.

“Untuk merancakkan bola sepak kita, buyout clause boleh diperkenalkan. Jika sesuatu pasukan mahukan pemain tersebut, mereka perlu bayar dengan harga yang tinggi barulah mereka boleh dapat. Seperti PSG membeli Neymar dari Barcelona dengan mengaktifkan buyout clause tanpa perlu berunding dengan Barcelona.”

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors