Peguam sifatkan inkues Adib ‘aneh’

Peguam Ruzaini Zulkifli menyifatkan tindakan kerajaan mengadakan inkues bagi menyiasat kematian anggota bomba Muhammad Adib sebagai ‘aneh’.

“Inkues adalah satu prosedur di bawah Bab XXXII Kanun Prosedur Jenayah untuk menentukan sebab kematian seseorang. Inkues ini dijalankan oleh Majistret.”

“Pada dasarnya, prosiding ini sama seperti siasatan yang dibuat oleh pihak polis; bezanya inkues ini adalah terbuka kepada awam dan dapatan inkues ini boleh disemak oleh Mahkamah Tinggi.”

Beliau turut berkata inkues merupakan satu proses biasa dilakukan tetapi dalam kes Muhammad Adib, ia agak janggal kerana kertas siasatan telah pun dibuka oleh pihak polis.

“Tiada apa-apa yang menghairankan apabila PR mengarahkan inkues terhadap kematian arwah Adib; cuma apa yang agak janggal adalah sebelum ini pihak polis telahpun membuka kertas siasatan terhadap serangan ke atas arwah Adib, yang mana 4 orang saspek telah ditangkap dan disiasat. Malah, sebaik sahaja arwah menghembuskan nafas terakhir, pihak polis telah mengkelaskan semula siasatan kepada kesalahan bunuh.”

Peguam yang bertapak di Kuala Lumpur itu turut mempersoalkan tujuan inkues tersebut memandangkan saspek pembunuh Adib masih belum diberkas.

“Namun, sehingga kini keempat-empat saspek yang telah dibebaskan dari siasatan polis masih belum diberkas lagi.”

“Jadi, apa sebenarnya objektif inkues ini kalau saspek yang sebelum ini telah disiasat polis masih belum diberkas? Kalaupun Majistret memutuskan kematian arwah Adib adalah disebabkan oleh perbuatan jenayah, bagaimanakah keadilan dapat ditegakkan sekiranya saspek-saspek utama masih berkeliaran di luar sana?” soalnya.

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors