Malaysia belum ada Mahkamah Timbangtara Sukan, KFA mungkin perlu ke Switzerland

KFA mungkin terpaksa membawa kes Akhyar Rashid ke Mahkamah Timbangtara Sukan di Switzerland, memandangkan Malaysia malah Asia sendiri masih belum mempunyai Mahkamah Timbangtara Sukan.

Semakan JUMPA KAT MAHKAMAH dengan Asian International Arbitration Centre (AIAC) pada hari ini mendapati Mahkamah Timbangtara Sukan (Court of Arbitration for Sports) atau lebih dikenali sebagai CAS masih belum ditubuhkan di Asia, namun ia sudah diperingkat perbincangan.

“Penubuhan CAS Malaysia/Asia perlu mendapat kelulusan Parlimen dimana pindaan terhadap Akta Timbangtara perlu dilakukan terlebih dahulu” salah seorang kakitangan AIAC memberitahu JUMPA KAT MAHKAMAH ketika dihubungi hari ini.

Pada September lalu, Menteri Belia & Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menyatakan bahawa Malaysia akan menjadi hub timbangtara sukan yang pertama di Asia yang akan berpusat di Kuala Lumpur.

AIAC sudah menjalankan kursus timbangtara sukan kepada peguam, bekas hakim yang berminat untuk menjadi ahli timbangtara pada tahun ini.

Walaupun bidang undang-undang sukan ini masih baru di rantau Asia, namun ia kini mendapat permintaan yang menggalakkan apabila timbul pelbagai isu undang-undang berkaitan sukan yang memerlukan intervensi mahkamah atau tribunal.


Ahli bina badan negara Sazali Samad pernah membuat rayuan ke atas hukuman yang diterimanya di CAS Switzerland.

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors