Sejarah Peguam Negara Pertama Malaysia


Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang kepada kerajaan. Peguam Negara ini berasal dari United Kingdom, seawal kurun ke-13 lagi. Hari ini sistem ini telah diterima pakai di hampir seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam termasuk Arab Saudi.

Bagaimanakah jawatan Peguam Negara ini boleh tercipta? Semasa kurun ke-13, King Henry III (Henry of Winchester) mempunyai beberapa masalah berkaitan tanah dan cukai. Ini termasuklah tuntutan yang dikemukakan oleh rakyat jelata terhadap tuntutan tanah ke atas kerajaan England. Maka King Henry telah melantik peguam-peguam professional untuk bertindak bagi pihaknya pada masa tersebut.

Trend ini berterusan sehingga zaman King Henry VI (1461) apabila peguam-peguam yang selama ini mewakili Raja England di ‘recommend’ oleh pihak Istana kepada House of Lords. House of Lords adalah sama dengan Dewan Negara di Malaysia.

Mahkamah King Henry

House of Lords telah memohon nasihat daripada peguam-peguam Raja berkenaan dengan undang-undang yang ingin diluluskan oleh Parlimen England. Pada tempoh ini, jawatan Peguam Negara masih belum secara rasmi terbentuk tetapi peguam-peguam ini telah pun menjalankan tugas-tugas Peguam Negara kerana umum tahu tugas Peguam Negara adalah untuk menasihati kerajaan dalam isu melibatkan undang-undang.

Memandangkan kerajaan kerap mendapatkan nasihat daripada peguam-peguam professional ini, kerajaan akhirnya membuat keputusan untuk ‘menggaji’ peguam-peguam ini secara rasmi bekerja dengan kerajaan. Maka pada tahun 1673, Peguam Negara England yang pertama, Sir Fancis North dilantik menjadi Peguam Negara yang pertama secara rasmi.


Di Malaysia, jawatan Peguam Negara yang pertama diwujudkan pada 1946 iaitu Kenneth O’Connor yang menyandang jawatan Peguam Negara Malayan Union. Beliau kemudian diganti oleh Stafford Foster Sutton yang merupakan Peguam Negara pertama Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa individu British lain terus memegang jawatan ini seperti Michael Joseph Hogan, Thomas Alexander Brodie dan Peguam Negara terakhir dari British adalah Cecil Sheridan yang bersara pada tahun 1963.  Walaupun Malaya telah merdeka, Peguam Negara bagi Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu masih lagi orang putey.


Sehinggalah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Malaysia akhirnya mempunyai Peguam Negara pertama dari kalangan anak tempatan iaitu Tan Sri Abdul Kadir Yusuf.

Comments

  1. Knowing how to to|tips on how 우리카지노 to} bet and how to to|tips on how to} choose the proper recreation when you play online blackjack for real money is extremely essential. If you give up early you solely lose half your bet, so in lengthy run|the lengthy term} it seems to make a lot of sense to get out if your cards are dangerous. However, it's at all times a risk as a result of|as a end result of} even what appear to be really dangerous hands can end up successful if played right, and the dealer busts.

    ReplyDelete

Post a Comment

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors