Akhyar berisiko digantung 6 bulan jika KFA lapor FIFA

“Jika dilihat secara keseluruhan mengenai masalah yg berbangkit berkaitan dengan isu pembelian Akhyar oleh JDT apa yang berlaku diatas kelompangan kontrak pemain yang ditandantangani oleh pihak-pihak.” itu pendapat peguam Zhafri Aminurashid ketika dihubungi. Beliau berkata masalah Akhyar Rashid dirumitkan kerana semua pihak tidak mahu mengalah dan melihat ke hadapan.

“Di dalam bolasepak moden FIFA sgt menghalang apa-apa jenis bentuk penghambaan pemain. Di dalam hal ini, Akhyar sebagai seorang pemain professional berhak untuk memilih pasukan mana yg beliau ingin sertai dan bermain.”

“Meskipun pemain-pemain diwajibkan untuk mematuhi kontrak, namun begitu ianya tidak menghalang pemain untuk mencari jalan keluar dari kontrak tersebut. Mengikut FIFA REGULATION ON STATUS AND TRANSFER  OF PLAYER secara jelas membolehkan mana-mana pihak di dalam kontrak berhak utk menamatkan kontrak dgn lebih awal dengan syarat bayaran baki kontrak perlu dibayar untuk melepaskan pemain atau pasukan tersebut daripada tanggungjawab yg dipersetujui di dalam kontrak.”

Beliau turut menjelaskan FAM telah bertindak dengan adil dan cuba menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin.

“Tindakan FAM memberikan bayaran solidarity contribution/training compensation kepada KFA adalah satu tindakan baik hati yang dibuat FAM bagi tujuan untuk menyelesaikan isu ini. Berdasarkan kontrak yang ada di Malaysia sekarang, pemain dan pasukan boleh menamatkan kontrak sebelah pihak dengan membayar baki kontrak sehingga tamat. Dan tiada apa-apa remedi (pampasan) yang boleh diperolehi pasukan lama apabila perkara itu terjadi. Disebabkan itu FAM telah memperkenalkan klausa pelepasan untuk membolehkan pasukan baru membayar jumlah yang dinyatakan di dalam klausa tersebut dan seterusnya membuat perbincangan dengan pemain setelah bayaran tersebut dijelaskan sepenuhnya.”

Beliau juga berkata KFA telah menerima ‘pampasan’ yang sewajarnya.

“Pengiraan gantirugi yang dibuat FAM itu juga adalah lebih banyak daripada jumlah yang sepatutnya diterima oleh KFA (rujuk Artikel Annexe 4 & 5,  Regulations on the status and transfer of players).

Isu tapping up pemain sukar dibuktikan

“Isu tapping up player ini amat sukar untuk dibuktikan bahawa berlakunya perkara tersebut. Oleh itu, FAM mengambil langkah selamat untuk memberikan Solidarity compensation/ training compensation kepada KFA daripada keperluan untuk membuktikan wujudnya tapping up player yg dilakukan yg sukar untuk dibuktikan (rujuk kes Gael Kakuta, Chelsea) yang mana Mahkamah Timbang Tara Sukan CAS membebaskan Chelsea FC daripada penggantungan yang dikenakan FIFA akibat melakukan tapping up pemain yang masih di dalam kontrak.”

“Namun begitu, harus disedarkan bahawa amalan membayar training compensation dan solidarity mechanism ini bukanlah amalan kebiasaan di dalam bolasepak negara. Pengenalan perkara ini oleh FAM menunjukkan FAM sentiasa bergerak ke hadapan untuk memajukan bolasepak negara.”

Beliau turut memberi amaran bahawa Akhyar berdepan risiko digantung selama 6 bulan jika KFA membuat aduan kepada FIFA.

“Apa yang tinggal sekarang adakah KFA sanggup untuk membuat aduan kepada FAM/FIFA/CAS sehingga menyebabkan pemain tersebut digantung? KFA harus mengambil isu ini sebagai pengajaran berharga di masa hadapan mengenai cara menguruskan seseorang pemain yang begitu berbakat.”

KFA sepatutnya ‘ikat’ Akhyar lebih awal.

“KFA seharusnya meletakkan Klausa Pelepasan terhadap Akhyar lebih awal lagi untuk mengelakkan berlakunya masalah ini berlaku.  KFA seharusnya meletakkan klausa ini ke dalam kontrak pemain setelah melihat perkembangan pemain tersebut. Ketiadaan klausa ini sebenarnya yang membolehkan berlakunya tapping up pemain di dalam bolasepak. Klausa pelepasan ini telah diperkenalkan FAM sejak tahun 2017 lagi.”

Beliau turut menasihatkan KFA untuk menyelesaikan perkara ini melalui perbincangan.

“KFA sebagai ahli gabungan FAM hendaklah menyelesaikan masalah ini di dalam semangat kekeluargaan bersama FAM demi memastikan pemain tidak menjadi mangsa atas masalah yg berlaku ini.”

JDT membuat pengunguman di laman Facebook Johor Southern Tigers semalam mengesahkan Akhyar telah menyertai JDT, namun KFA mendakwa Akhyar masih merupakan pemain mereka berdasarkan kontrak yang ada.


Pihak kami telah menghubungi pihak KFA untuk mendapatkan maklum balas namun pihak KFA enggan memberi sebarang komen.

Comments

Post a Comment

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors