Gubal Undang-Undang derma untuk elak salahguna



Di Malaysia, figura penting menerima dana awam (derma) yang jumlahnya bukan sedikit tetapi boleh mencecah berjuta-juta ringgit.

Orang politik terima dana politik (political donation) via parti, aktivis pula terima derma kemanusiaan melalui pertubuhan NGO masing-masing. 

Tetapi tahukah kalian di Malaysia ini ada “lacuna” atau ketiadaan undang-undang untuk kawal selia segala derma yang memasuki sebuah pertubuhan sama ada parti politik atau NGO. 

Akta pertubuhan 335 seksyen 26 hanya mewajibkan audit setahun sekali perbelanjaan setiap pertubuhan tetapi masih terdapat lacuna berkaitan seliaan terima derma dana awam. 

Lacuna ini mendedahkan risiko derma yang tidak diselia boleh membawa interpretasi masyarakat kepada rasuah, pengubahan wang haram (money laundering), aktiviti keganasan (terror, narcos) dan sebagainya. 

Umpanya di dalam kes terkini yang membabitkan seorang bekas Menteri, Mahkamah Rayuan membebaskan beliau dan fokus utama perundangan ialah kedua-dua Perayu dan Pendakwaraya telah membahaskan sama ada RM2 juta yang diterima melalui cek itu adalah derma atau rasuah kepada pegawai kerajaan. Secara akademik, skop perundangan yang boleh dibahaskan samada derma vs rasuah adalah terhad kepada seksyen 165 kanun keseksaan sahaja. 

Sehinggakan Akta Anti-Money Laundering, Anti Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 kita tidak langsung menyebut tatacara seliaan tentang urusan sumbangan awam. 

Masyarakat mula celik mempersoalkan aktiviti Parti dan NGO bagaimana mereka menguruskan buku kewangan mereka. Niat yang baik boleh disalah ertikan dan pelbagai stigma lain terhadap mereka ini. Ini patut menjadi wake up call kepada ahli dewan rakyat kita.

Adalah menjadi kewajipan ahli parlimen (legislative) bersungguh-sungguh untuk menutup lacuna di negara ini dengan menggubal undang-undang tentang derma kepada pertubuhan. 

Negara common law lain seperti UK, Australia, Canada, hatta Singapore sudah mempunyai undang-undang tersusun berkaitan derma kepada pertubuhan. 

Audit sahaja tidak memadai. Sudah sampai masanya Malaysia bergerak kearah ini dan perkara terakhir kita inginkan ialah figura tertentu menggunakan parti atau pertubuhan NGO sebagai tempat mengaut keuntungan daripada derma awam.


Amir Zain merupakan bekas Penasihat Perundangan Syarikat Fortune 500 dan kini Pengarah Urusan Abraham & Sorrels.

Comments

Post a Comment

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors