“UMANY perlu baca sejarah sebelum kata YDPA tidak berhak ‘mencampuri’ urusan negara”
Oleh Mohamad Siddiq Mohd Azani
University of Malaya Association of New Youth (UMANY) gagal fahami kedudukan Yang di-Pertuan Agong yang merupakan sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan. Agak cetek pandangan untuk mengatakan Yang di-Pertuan Agong ‘mencampuri’ urusan negara tanpa melihat kepada kerangka besar perlembagaan dan menyusuri sejarah dokumen keramat ini terlebih dahulu.
Apa yang UMANY tidak tahu adalah Suruhanjaya Reid bersidang sebanyak 118 kali dan setiap persidangan tersebut mereka membincangkan tentang bagaimana kerangka perlembagaan ini perlu dibentuk dan dicorak.
Dalam persidangan tersebut, beberapa pemain berkepentingan termasuk Majlis Raja-Raja atau Conference of Rulers turut menyampaikan pandangan mereka.
9 Raja-Raja Melayu telah bersetuju melantik Sir Neil Lawson, seorang barrister dari United Kingdom untuk berhujah bagi pihak mereka. Neil Lawson menjunjung amanah tersebut dengan penuh kesungguhan demi mengangkat martabat Raja-Raja Melayu supaya mereka diberikan kedudukan sewajarnya dalam perlembagaan yang akan dibentuk kelak.
Deraf pertama oleh Suruhanjaya Reid ditentang sekeras-kerasnya oleh Majlis Raja-Raja yang berpendapat sorotan sejarah Raja-Raja Melayu tidak mencerminkan kedudukan sebenar mereka di dalam cadangan perlembagaan tersebut. Ini menyebabkan deraf tersebut dikaji semula dan melalui beberapa siri rundingan dan persidangan sehingga kata sepakat dicapai.
Antara cadangan yang dihujah oleh Lawson adalah untuk mengambalikan semula kuasa budi bicara Raja-Raja Melayu seperti kuasa melantik Menteri Besar, sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Persekutuan 1948.
Lawson berkata Majlis Raja-Raja juga mahu kuasa ‘consultative and advisory’ yang dimiliki oleh Raja-Raja Melayu seperti dalam perjanjian tersebut juga dikembalikan.
Walaupun ditentang hebat oleh Sir Ivor Jennings, malah Tunku Abdul Rahman sendiri berpendapat dalam sebuah negara demokrasi moden, peranan Raja harus dikurangkan, namun akhirnya Suruhanjaya Reid akur dengan kehendak Majlis Raja-Raja selepas mengambil kira faktor sejarah Raja-Raja Melayu dan acuan budaya Tanah Melayu pada ketika itu.
Ini juga dibuktikan apabila jumlah rakyat bukan warganegara yang memohon untuk dinaturalisasi di bawah naungan Raja-Raja Melayu adalah jauh lebih tinggi berbanding yang memilih untuk dinaturalisasi di bawah Persekutuan.
“The number of people who applied for naturalization as subjects of the rulers was 33,500 in 1955 while those who applied for naturalization as federal citizens was only 550,”
Lantaran ini, peguam Majlis Raja-Raja tersebut berhujah bahawa rakyat lebih setia dan selesa bersama Raja-Raja Melayu.
“They suggest that there is a very strong feeling of loyalty to the Ruler of the State in which you live and work,” ujar Lawson.
Ucapan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah pada Hari Keputeraan baginda ke-81 amatlah penting untuk diperhalusi.
Titah baginda;
“It should be stressed that the constitutional monarchy has three rights - the right to give views and counsel, the right to encourage and motivate, and the right to remind and reprimand,”
“Sultan Azlan Shah said that although the constitutional monarchy acted based on the power vested in it under the constitution, it would be erroneous to think that the role of a ruler was similar to that of a president whose functions had been predefined in the Constitution.”
“The role of the constitutional monarchy goes beyond what is stipulated in the Constitution.”
“The rulers have a far wider responsibility in ensuring that the spirit of the Constitution, the philosophy behind the written law, and the interest of the country and the people are safeguarded at all times,”
Peranan Raja-Raja Melayu dalam menjadi penyemak dan pengimbang adalah penting sebagai pemeriksa kepada kerajaan. Dan ia bukanlah sesuatu perkara yang baharu di era ini apabila Raja-Raja Melayu pernah menggesa kerajaan agar menyelesaikan siasatan terhadap 1MDB pada tahun 2015.
Pakar Perlembagaan, Prof. Datuk Shad Saleem Faruqi juga pernah berkata;
“The Conference’s assertive involvement implies it is no mere ceremonial body. I agree that the Rulers are constitutional heads, but the Conference of Rulers is not a mere ceremonial body but a constitutional auditor in my view,”
Apa yang menjadi kemarahan apabila UMANY menggunakan ayat di bawah.
Ia sangat keras seakan berbaur penolakan peranan Raja secara mutlak sedangkan fungsi Raja sudah jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya UMANY tidak menggunakan ayat seperti ini, mungkin tidak jadi seperti ini.
Kita terbuka untuk berbincang demi mencari solusi ilmiah. Malah sebaik sahaja selepas pengumuman YDPA menolak darurat, saya juga mengutarakan persoalan tentang status kes-kes duluan yang jelas bertentangan dengan peristiwa ini. Tapi bukanlah seperti cara yang dilakukan oleh UMANY ini.
Saya fikir UMANY juga sedar akan kesilapan mereka lantaran itu bertindak memadam posting berkenaan.
Justeru amat dangkal untuk UMANY mengatakan Yang di-Pertuan Agong sebagai mencampuri urusan negara. Baginda bukanlah boneka atau ‘rubber stamp’ semata-mata. Peranan Baginda, bersama-sama Majlis Raja-Raja adalah jauh lebih dari itu. Mereka (Their Highnesses) adalah Perlembagaan itu sendiri dan Perlembagaan itu adalah mereka.
Saya akhiri tulisan ini dengan titah Almarhum Sultan Azlan Shah;
“Rulers are neither blind, deaf nor mute. In fact, they are fully aware of what is going on in the country.”
Mohamad Siddiq Mohd Azani berciap di akaun Twitter @siddiqlah dan merupakan Pengerusi Biro Perundangan Armada Bersatu Malaysia.
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JUMPAKATMAHKAMAH.com
Rujukan:
[1] https://journals.openedition.org/archipel/528#bodyftn35
[2] https://www.thestar.com.my/news/nation/2009/04/19/rulers-are-above-politics-sultan-azlan-shah-update
[3] https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/10/04/malay-rulers-can-act-as-check-and-balance-to-putrajaya-says-constitutional/1797294
[4] https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rajaraja-melayu-mahu-siasatan-berkaitan-1mdb-diselesaikan-secepat-mungkin-75538
Bukan setakat memadam posting, UMANY delete terus akaun dari fb😅.
ReplyDeleteBagilah pengajaran yg sebenar2nya sekurang2nya untuk diingati 100thn lagi..
ReplyDelete