Bangladesh bakal hukum mati perogol



DHAKA - Bangladesh bakal memperkenalkan hukuman mati bagi kes rogol, beberapa hari selepas tunjuk perasaan di negara yang mempunyai kes paling tinggi mengenai keganasan seksual terhadap wanita.

Menteri Keadilan, Anisul Haq memberitahu BBC bahawa Presiden akan mengeluarkan satu ordinan esok untuk menjadikannya sebagai undang-undang.

Ia susulan insiden mengenai rakaman serangan berkumpulan terhadap seorang wanita berusia 37 tahun yang menjadi tular di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan rakyat negara itu.

Aktivis berkata, sekurang-kurangnya 1,000 kes rogol dilaporkan berlaku di Bangladesh tahun ini.

Menurut hak asasi manusia, banyak kes rogol tidak dilaporkan kerana ramai wanita takut mereka akan mendapat malu.

Satu siasatan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan Bangladesh mendapati bahawa wanita dalam rakaman video tular yang diserang di daerah tenggara Noakhalim telah dirogol berulang kali secara kejam. Lapan lelaki ditahan selepas video tersebar.

Sementara itu, orang ramai mengalu-alukan keputusan pemerintah memperkenalkan hukuman mati, tetapi kumpulan perogol berterusan menjadi tajuk berita utama di negara itu dan mereka berpendapat hukuman mati tidak cukup mengubah keganasan seksual di Bangladesh. - Agensi

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Follow us on Twitter

Follow us on Instagram

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors