PDRM mula jejak individu rentas negeri

Beberapa keping gambar tular di media sosial hari ini menunjukkan pihak PDRM sudah mula menjalankan operasi menjejak individu rentas negeri tanpa permit dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Semalam, Ketua Polis Negara berkata, pihak PDRM akan menyasarkan kediaman di taman perumahan dan kampung-kampung bagi menjejaki individu yang merentas negeri tanpa permit atau kebenaran oleh pihak polis.

Rumah yang memiliki kenderaan yang banyak serta nombor pendaftaran asing akan dijadikan sasaran dalam operasi kali ini.

Kerajaan sebelum ini telah melarang pergerakan rentas negeri sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Berikut beberapa gambar operasi yang dikongsi di media sosial hari ini.





















Kepada yang sudah terlepas ke kampung tu, berhati-hati ya! Takut pagi raya di lokap nanti!

Comments

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors