Peguam ini jelaskan mengapa larangan merokok adalah melanggar hak asasi manusia

“Ini melanggar hak asasi manusia.” itu pendapat Peguam Farhan Maaruf ketika ditanya sama ada larangan merokok di restoran bercanggah dengan perlembagaan atau tidak.

Walaupun mengakui merokok di kawasan yang terdapat wanita dan kanak-kanak adalah tidak wajar, namun rokok adalah komoditi yang sah untuk dimiliki dan tidak sepatutnya larangan tersebut dibuat oleh kerajaan.

“Rokok adalah satu komoditi yg sah diniagakan tanpa sebarang permit khas asalkan komoditi tersebut dibeli daripada stokis berdaftar yg sah. Maka dgn itu, semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah bebas memilih untuk membeli rokok atau tidak.”

“Persoalannya, jika sesuatu itu sah utk dijual beli, maka sesuatu itu juga adalah sah utk dipakai mahu pun digunakan. Ianya adalah menjadi hak dan kebebasan seorang pengguna utk menjual, membeli dan menghisap rokok.”

Beliau turut menambah Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak rakyatnya untuk memiliki harta, termasuk rokok.

“Sesuatu yg dibeli dgn wang kita secara automatiknya akan menjadi harta kita. Tiada undang-undang yang boleh menghalang kita daripada melakukan sesuka hati ke atas harta yang dibeli menggunakan wang kita sendiri.”

Kerajaan tidak sepatutnya melarang

“Pada pandangan saya, undang-undang melarang kita dari menghisap rokok adalah satu undang-undang yang arbitrari dan melanggar hak asasi manusia kerana rokok adalah satu komoditi yang sah dijual beli dalam Malaysia (kecuali rokok seludup). Rokok yang dibeli dengan sah adalah harta kita dan kita boleh menggunakannya tanpa sebarang gangguan terutamanya daripada kerajaan.”



Beliau turut mempersoalkan mengapa larangan merokok diperkenalkan tetapi benarkan penjualannya? Tambahnya lagi, bukan semua perokok yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan juga disaran menyediakan alternatif kepada perokok seperti di Singapura & Jepun.

“Sekiranya kerajaan ingin menghalang perokok dari menghisap rokok maka satu alternatif wajib diberikan kepada perokok. Singapura mengarahkan rakyatnya menghisap rokok di tempat-tempat yang dikhaskan.”

“Jepun menyediakan bilik khas untuk menghisap rokok di pusat membeli belah, lapangan terbang dan di pejabat.”

“Di Malaysia pula tidak dibenarkan merokok di zon hijau, satu bandar tak boleh hisap rokok. Shopping mall, lapangan terbang, tandas pun tak boleh hisap rokok.”

“Kat mana tempat yang dibenarkan untuk menggunakan sesuatu yang sah dibeli oleh seseorang tetapi dihalang oleh kerajaan?” soalnya.

Beliau berkata perokok boleh mencabar larangan tersebut di Mahkamah Tinggi melalui Semakan Kehakiman.

Laporan Berita Harian hari ini menyebut 7 individu sudah pun memfailkan saman di Mahkamah terhadap kerajaan untuk membatalkan larangan tersebut.


Comments

  1. Dah tuan peguam pun cakap.. sudah dilaksanakan Kat shopping mall pun Tak boleh hisap rokok. Apa pelik Tak boleh hisap Kat kedai makan kecuali 3 Meter dari kedai.

    ReplyDelete

Post a Comment

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors